Akim Ahmad Balas Dakwaan Influencer Vietnam, Perjelas Sebab Sebenar Ubah Konsep Muzik Video ‘Rampas’

Hiburan

Akim Ahmad Balas Dakwaan Influencer Vietnam, Perjelas Sebab Sebenar Ubah Konsep Muzik Video ‘Rampas’

Baru-baru ini, seorang influencer Vietnam telah membuka cerita mengatakan bahawa dia dipotong daripada muzik video sebuah band tempatan kononnya dengan alasan isteri vokalis berasa cemburu.

jade anh
3 years ago

'Dah Terbang Ke Malaysia Tapi Dipotong Dari Muzik Video Sebab Isteri Vokalis Cemburu' - Influencer Vietnam

Advertisement

Terbaru, Akim Ahmad telah tampil membuat penjelasan mengenai isu tersebut yang mula tular di serata media sosial memandangkan namanya dan isteri, Stacy dipetik oleh netizen.

Jelas penyanyi lelaki itu, lagu ‘Rampas’ didekasikan khas untuk arwah ibunya. Maka dia tidak mahu muzik video yang memaparkan babak sensitif mahupun keterlaluan. Disebabkan itu, dia membuat keputusan untuk menukar semua konsepnya supaya boleh ditonton semua.

akim ahmad

akim ahmad

Tambahnya lagi, dia tidak mahu mengecewakan ahli keluarganya sekiranya dia bertegas untuk mengeluarkan muzik video yang agak tidak sensitif kandungan dan plotnya.

akim ahmad

akim ahmad

Malah kebanyakan netizen juga mempersoalkan sebab influencer itu perlu mengungkit semula kisah lama walhal dia juga telah pun menerima bayaran untuk kemunculannya tersebut.

Akim juga dilihat membalas ciapan asal influencer Vietnam itu.

akim ahmad

Dengan penjelasan Akim ini, maka jelaslah bahawa muzik video ‘Rampas’ diubah inti patinya kerana kehendak dia sendiri dan bukannya kerana faktor lain.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...