“Aku Beratur Dari 6 Pagi!” – Rakyat Berang Beratur Berjam-Jam, Tapi Kaunter Imigresen Hanya Buka 15 Minit

Kehidupan

“Aku Beratur Dari 6 Pagi!” – Rakyat Berang Beratur Berjam-Jam, Tapi Kaunter Imigresen Hanya Buka 15 Minit

Boleh dikatakan isu nombor giliran di kaunter pejabat urusan sering kali menjadi topik utama para netizen, lebih-lebih lagi apabila terpaksa menunggu dalam jangka masa yang lama.

Tambahan pula jika nombor giliran dikatakan sudah habis atau masa operasi sudah tamat, ia lagi membuatkan ramai berasa marah kepada pihak pejabat pengurusan yang dikunjungi.

Advertisement

Baru-baru ini, tular satu video di platform TikTok memaparkan beberapa rakyat berada di pejabat imigresen meluahkan rasa marah selepas diberitahu nombor giliran sudah habis untuk diberi.

Menurut daripada pengguna yang memuat naik pengalamannya itu, kaunter baru dibuka 15 minit tetapi nombor giliran sudah tidak dapat diberi kepada orang yang mengunjungi pejabat imigresen terbabit.

Individu terbabit sememangnya berasa kecewa dengan servis pejabat itu dan disebabkan hal berkenaan, dia terpaksa pulang tanpa sempat membuat sebarang pengurusan.

komen netizen

komen netizen

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut dapat merasakan kemarahan serta kekecewaan yang dialami oleh individu dan rakyat mengunjungi pejabat imigresen tersebut kerana ramai juga yang pernah alami situasi sama.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Fizz Fairuz
2 years ago

Fizz Fairuz Hairan Anwar Ibrahim Tak Ambil Gaji PM & Menteri Kewangan - "Kalau Aku..."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...