“Aku Balik Pintu Terbuka, Anak Bini Kena Bun*h..” – Rakaman Suara Suami Menangis Gara-Gara Ahli Keluarga Dibun*h Undang Sebak Ramai

Berita

“Aku Balik Pintu Terbuka, Anak Bini Kena Bun*h..” – Rakaman Suara Suami Menangis Gara-Gara Ahli Keluarga Dibun*h Undang Sebak Ramai

Tular di media sosial rakaman suara seorang lelaki menangis teresak-esak sambil memaklumkan bahawa isteri dan anak perempuannya mati dibunuh dalam kejadian tragis di Kampung Juru, Seberang Perai, malam tadi.

Menerusi rakaman audio berdurasi 18 saat yang dihantar melalui WhatsApp, individu terbabit — dipercayai suami dan bapa kepada mangsa memaklumkan kepada rakan sekerja bahawa dia tidak dapat hadir bekerja akibat kejadian tersebut.

Advertisement

Assalamualaikum Daus, esok abang tak kerja tau, isteri aku dengan anak aku kena bunuh dekat rumah. Aku balik-balik tengok pintu terbuka, aku tengok bini aku melimpah darah, anak pun kena bunuh.

Rakaman itu menimbulkan rasa hiba dalam kalangan pengguna media sosial yang turut meluahkan simpati dan rasa pilu terhadap nasib lelaki berkenaan.

Runtun hati dengar suara suami arwah… balik-balik rumah tengok anak bini kena bunuh.

Semoga Allah beri kekuatan buatnya.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail, mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan bahawa dua mangsa  seorang wanita berusia 51 tahun dan anak perempuannya berusia 11 tahun — ditemukan maut di rumah mereka sekitar jam 8 malam.

Kedua-dua mangsa ditemukan dengan kesan tikaman dan kelar pada badan termasuk hampir putus kepala dan terputus tangan.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan polis menerima maklumat mengenai penemuan dua mayat di kediaman terbabit yang dipercayai akibat serangan bersenjata tajam.

Kes kini dalam siasatan lanjut dan pihak polis masih meneliti motif kejadian serta mengesan suspek yang terlibat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-10-18 15:20:33

"Pukul 4 Pagi, Makcik Gayong Sibuk Ubah Pasu Bunga Semata-Mata Nak Parkir Kereta" - Bekas Jiran

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...