“Aku Bagi Sijil Kematian, Tetap Kena Bayar Habis Baru Boleh Bagi Geran Fotostat”. – Muhsin Zaidi

Trending

“Aku Bagi Sijil Kematian, Tetap Kena Bayar Habis Baru Boleh Bagi Geran Fotostat”. – Muhsin Zaidi

moto

Lain kedai lain perangai. Itulah yang berlaku terhadap Muhsin Zaidi. Menurut beliau motor yang dibeli di kedai itu tak dibayar habis lagi. Jadi beliau datang nak amik geran fotostat untuk urusan balai trafik disebabkan ayah beliau meninggal dunia semasa bawak motor tersebut.

Advertisement

Jom ikuti laporan beliau..

Ini la namanya peniaga takdak hati perut.

Bukan isu rasis atau apa, ini kes aniaya. Mohon berhati-hati supaya tak terkena macam aku.

 

Nama kedai moto ni Eng Wan Motor di Simpang, Taiping.

Aku beli moto kat kedai dia ni, moto tak bayar habis lagi.

Hari ni aku datang sebab nak ambik geran fotostat untuk urusan balai trafik.

Ayah aku meninggal dunia bawak moto tu. Balai trafik mintak geran fotostat untuk urusan inspection di Puspakom.

Aku pun mintak la kat pekerja dia bernama Ah Liang, katanya boss tak bagi.

 

Aku bagi sijil kematian bagi dia tengok, dia bawak pegi jumpa boss kat ofis atas kedai, dia cakap boss tetap tak bagi jugak.

Tetap kena bayar habis baru boleh bagi geran fotostat. Kalau bukan sebab urusan balai aku pun tak kebulur nak pegi mengemis geran fotostat tu.

Gila apa nak amik geran fotostat kena bayar habis dulu? Aku beli kereta guna loan cimb pun dah dapat geran ori.

 

Geran fotostat ni banyak kegunaan. Nak masuk apartment baru nak apply card pun dia mintak geran fotostat, nak buat stiker kereta atau moto kat ofis pun dia mintak geran fotostat.

Geran fotostat memang hak pembeli. Aku mintak nombor boss pun dia taknak bagi. Aku mintak nak naik jumpa boss pun dia halang.

Sebenarnya hangpa ikut prosedur mana nak kena bayar habis dulu kalau nak dapat geran fotostat?

Kenapa menyusahkan urusan aku?

Aku cabar nak viralkan, dia senyum.

Okay kita tengok

 

Lepas ni aku nak report polis dan tribunal pulak

**UPDATE :
Dah settel dah.. Dah bayar habis semua moto tu..

Takpe la, petang ni aku buat report polis dan report kat tribunal pengguna..

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...