“Aku Bagi ‘First & Last Warning’, Jangan Cuba Nak Masuk Campur” – Norman Hakim Bersuara Isu Nafkah Anak

Hiburan

“Aku Bagi ‘First & Last Warning’, Jangan Cuba Nak Masuk Campur” – Norman Hakim Bersuara Isu Nafkah Anak

Pelakon Norman Hakim tampil meluahkan rasa kecewa terhadap cara sesetengah pihak media melaporkan kenyataannya sehingga didakwa menimbulkan salah faham dan naratif yang jauh menyimpang daripada perbualan sebenar.

Menerusi satu hantaran panjang di media sosial, beliau menyifatkan sebahagian tajuk berita dibuat secara “copy and paste”  tanpa mengambil kira ketepatan fakta.

Advertisement

Beliau turut menafikan dakwaan berkaitan jumlah mas kahwin yang disensasikan, sambil menjelaskan konteks sebenar penggunaan tajuk berkenaan yang menurutnya dibuat bagi tujuan rekod dan urusan cukai, bukan untuk paparan umum.

“Btw dah terang lagi disuluh.Mana ada MAS KAHWIN kat Malaysia ni cecah sampai 5 angkakan? Paling kuat 3 angka. (refer to data slide 3).Mungkin khilaf aku letak tajuk untuk tujuan record & filing supaya tax consultant senang buat kerja,bukan untuk paparan umum pun.

Dalam nada tegas, beliau memberi amaran agar orang luar tidak mencampuri urusan nafkah tertunggak yang menurutnya merupakan hal peribadi antara dirinya dan bekas isteri.

22 Tahun Menunggu, Abby Abadi Syukur Norman Hakim Lunaskan Hutang Mas Kahwin – “Rezeki Saya Tetap Rezeki Saya”

“Pasal NAFKAH TERTUNGGAK ni,aku bagi first & last WARNING, jangan cuba nak masuk campur.Itu antara aku dan mantan isteri @abbyabadi_112 ! Korang ada bagi aku duit ke nak bayar?Meh bagi saham sikit, bagi aku jadi Board Of Director so every year dapat dividend aku boleh bayar apa yg tertunggak!”

Beliau turut menegaskan bahawa wang yang dikongsi bersama bekas isteri adalah hasil dividen daripada usaha dan kerja kerasnya sendiri, bukan wang yang diperoleh secara mudah.

Mengulas soal cukai, beliau mendakwa telah menunaikan tanggungjawab sebagai pembayar cukai sejak 1999 dan mempunyai rekod lengkap di Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Mengakhiri kenyataan, beliau menyeru semua pihak agar lebih bertanggungjawab dan tidak menambah keruh keadaan, kecuali bagi mereka yang sengaja mencetuskan konflik.

Selain itu kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

norman hakim abby abadi
2026-01-05 10:05:52

22 Tahun Menunggu, Abby Abadi Syukur Norman Hakim Lunaskan Hutang Mas Kahwin - "Rezeki Saya Tetap Rezeki Saya"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...