Baru-baru ini, melalui platform Threads, tular satu hantaran memaparkan luahan tidak puas hati seorang individu yang mendakwa peminat selebriti popular, Fazura terlalu toksik.
Individu dakwa peminat Fazura terlalu toksik?
Dakwanya, bahasa yang digunakan oleh peminat-peminat pelakon tersebut terlalu kasar, sedangkan dirinya hanya menegur secara baik terhadap Fazura.
Subhanallah fans @missfazura sangat-sangat toksik lah ye? Bahasa mereka, ya allah. I just tegur elok-elok.
Kata individu tersebut, peminat artis tersebut tidak suka apabila dia memanggil Fazura dengan panggilan ‘babe’ kerana merasakan seakan-akan tidak menghormatinya, malah sempat membandingkan dengan peminat penyanyi popular tanah air, Datuk Siti Nurhaliza yang lebih tenang.
Tak boleh terima teguran
Aku babe kan Fazura pun kena tibai padahal bukan Datin/Biduanita negara pun si Faz ni.
Meninjau di ruangan komen, ramai juga netizen yang bersetuju dengan pendapat individu tersebut bahawa peminat Fazura terlalu toksik dan tidak boleh menerima teguran hingga menganggap ia sebagai fitnah yang direka semata-mata.