“Aku Akan Saman Kau & Kerakyatan Kau Akan Ditarik Balik!” – Ojen Aiwah Beri Amaran Buat Tareq Fit

Kehidupan

“Aku Akan Saman Kau & Kerakyatan Kau Akan Ditarik Balik!” – Ojen Aiwah Beri Amaran Buat Tareq Fit

Permulaan tahun 2026 menyaksikan ketegangan berterusan antara usahawan makanan, Ojen Aiwah, dan jurulatih kecergasan, Tareq Fit, susulan dakwaan teguran melampau berkaitan produk Kunafa Aiwah yang didakwa tidak sihat.

Menerusi satu hantaran panjang di media sosial, Ojen meluahkan rasa marah terhadap seorang individu dipercayai warga asing yang didakwa menyerangnya secara berterusan atas tiket “teguran” dan “Muslim”, termasuk mengkritik produk, perniagaan serta keluarganya.

Advertisement

Tambah Ojen, sikap berdiam dirinya sebelum ini bukan bermakna beliau membenarkan dirinya terus ditekan dan dihina, malah dakwaan tersebut turut mengundang kecaman terhadap ahli keluarganya.

Beliau turut menegaskan bahawa tindakan saman yang bakal diambil bukan bersifat peribadi, sebaliknya kerana dakwaan terhadap produk perniagaannya.

“PERINGATAN. Aku bukan saman dia sebab isu personal. Aku saman dia sebab dia sentuh Kunafa Aiwahhh. Sebabkan dia tegur aku lah , aku terima teguran aku cuba berubah sikit sikit slow slow dari pakai serban ke pakai cap.”

Ojen juga mendakwa individu terbabit menyerang ramai pihak lain termasuk artis, pempengaruh, pengusaha suplemen dan acara hiburan atas nama agama, namun mempunyai kepentingan peribadi.

“Nak Saman Silakan, Aku Ada Allah” – Tareq Fit Tak Gentar Berdepan Saman Ojen Aiwah

“Belum cerita semua yang ada nama semua artis kau attack. Atas tiket ” muslim ” Segala abg abg gym semua kau hentam sebab katanya menipu consumer jual supplements. Kau tegakkan REAL FOOD kau . Rupanya nak jual E-Book kau tu.”

Dalam nada lebih keras, Ojen mempersoalkan keikhlasan dakwaan ingin membantu rakyat Malaysia dan mempertahankan sumbangannya sebagai warganegara.

Ojen turut menyeru orang ramai agar tidak terikut-ikut mencampuri urusan yang tidak berkaitan dengan mereka.

Beliau juga mendakwa individu sama pernah mengkritik pelbagai pihak termasuk tokoh perniagaan, pempengaruh, artis serta konsert besar, namun dalam masa sama mempamerkan imej bertentangan dengan teguran yang dibuat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ojen tareq fit
2026-01-14 08:59:45

"Nak Saman Silakan, Aku Ada Allah" - Tareq Fit Tak Gentar Berdepan Saman Ojen Aiwah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...