“Aku Ada Untuk Kau”- Sama Masalah Peribadi, Ammar Alfian Beri Sokongan Kepada Sharnaaz Ahmad

Hiburan

“Aku Ada Untuk Kau”- Sama Masalah Peribadi, Ammar Alfian Beri Sokongan Kepada Sharnaaz Ahmad

Sepanjang tahun 2019 ini, banyak betul kisah mengenai pergolakan rumah tangga artis tempatan. Walaupun semasa awal perkahwinan mereka nampak bahagia tapi siapa sangka hubungan itu pincang pada akhirnya.

Antara kes penceraian yang sedang ‘panas’ dan mendapat perhatian ramai ialah di antara Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila. Lelaki itu dikatakan tidak mahu bercerai walaupun isterinya itu telah pun menfailkan kes tersebut di mahkamah.

Advertisement

sharnaaz ahmad dan noor nabila

Jika anda masih ingat, seorang lagi selebriti lelaki yang dikenali menerusi filem ‘Paskal’ iaitu Ammar Alfian turut dibelenggu dengan masalah penceraian sejak pertengahan tahun ini. Isterinya iaitu Nelissa Neezam telah menggemparkan netizen apabila dia mendedahkan bahawa suaminya itu curang meskipun dia sedang hamil 6 bulan.

Baru-baru ini, Ammar telah memberikan sokongan kepada rakan baiknya, Sharnaaz Ahmad melalui laman Instagramnya.

 

View this post on Instagram

 

The two REALEST baddest mofos in the industry. We’ve known each other since 2008 and acted as best friends in Tari Tirana. We’ve been brothers since. We’ve been through ups and downs of the industry – got kicked and used but here we are still standing, still fighting. Both of us have gone through the same situation in our personal lives, but Allah knows that both of us are fighters aswell as survivors. He knows we can handle the pain and the challenge. My brother I’ll always have your back like u have mine. Goodluck for your new movie. After your movie I will see u in JEB THE MOVIE & PASKAL 2. Let’s show em AGAIN what we’re made of!!! . . . #therealbmf #bilanagajumpaharimau #realrecognizereal

A post shared by Ammar Alfian (@ammar_alfian) on

Dia mengimbau kembali hubungan persahabatan mereka yang terjalin sejak tahun 2008 menerusi drama ‘Tari Tirana’.

Kami telah lalui jatuh bangun dalam industri. Dibuang dan dipergunakan tapi kami masih berdiri, masih lawan.

Dia juga menambah bahawa kedua-dua mereka juga kini sedang mengalami masalah peribadi yang sama, mungkin merujuk kepada isu penceraian bersama pasangan masing-masing.

Tapi Allah tahu kami adalah fighter dan survivors. Tuhan tahu kami boleh terima kesakitan dan ujian ini.

Aku sentiasa ada untuk kau dan sebaliknya. Goodluck untuk filem baru kamu dan selepas itu, kita jumpa di Jeb The Movie dan Paskal 2. Kita tunjuk siapa kita sebenarnya.

Kedua-dua lelaki ini nampaknya berkongsi kesedihan yang sama. Cuma bezanya Sharnaaz dan Noor Nabila masih lagi dalam proses penceraian tetapi bagi Ammar Alfian dan Nelissa Neezam pula, mereka masih lagi berkahwin tetapi sudah tidak tinggal sebumbung sejak Mei lalu.

ammar alfian

Harapnya semuanya berjalan dengan lancar dan kedua-dua pasangan ini bakal menemui jalan penyelesaian yang terbaik bagi menamatkan kemelut rumah tangga mereka.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...