“Aku Ada Bran, Aku Hentak Guard”, Suspek Pukul Pengawal Keselamatan Dijadikan Meme

Trending

“Aku Ada Bran, Aku Hentak Guard”, Suspek Pukul Pengawal Keselamatan Dijadikan Meme

Baru-baru ini tular video kes seorang pemuda memukul seorang pengawal keselamatan hanya kerana berang keretanya di clamp. Dia yang meletakkan keretanya di ruang parkir OKU memukul pengawal keselamatan itu dengan kayu golf.

Video yang tular di media sosial itu telah mendapat perhatian ramai kerana kecederaan yang dialami pengawal keselamatan terbabit. Menurut Metro, suspek telah pun ditahan di atas kesalahannya itu.

Advertisement

Kalau sebelum ini, Malaysian Modders telah membuat meme untuk kes pemandu Honda yang tular kerana mengelak membayar tol. Sekarang ini tiba giliran suspek yang dikenali dengan nama Badrul Akmal ini pula. Jangan main-main, netizen memang cukup pantas mencari maklumat dan buat siasatan sendiri.

Menurut pihak polis, siasatan mendapati suspek memiliki satu rekod jenayah lampau membabitkan dadah mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan perintah tahanan reman akan dipohon esok.

Artikel berkaitan: Pengawal Keselamatan Dibelasah Dengan Kayu Golf Oleh Lelaki Berang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...