Pelakon Korea Selatan, Lee Si Young menjadi bualan ramai di media sosial selepas peminat mengkritiknya kerana didakwa meminum air beralkohol walhal dirinya kini sedang berbadan dua.
Menerusi Instagram, Si Young telah berkongsi momen percutiannya di New York, Amerika Syarikat dan antara aktiviti dilakukan adalah tour menaiki limosin selama lima jam dari Madison Square Park ke Brooklyn.
Si Young telah memuat naik beberapa foto dan video menerusi hantaran tersebut dan antaranya memaparkan dia bersama rakan sedang memegang gelas yang berisi minuman keras.
Apa yang turut dikritik adalah Si Young membawa anak sulungnya bersama-sama di dalam limosin berkenaan dan peminat meluahkan kebimbangan apabila kanak-kanak itu didedahkan tentang minuman keras pada usia kecil.
Selepas hal tersebut tular dan menimbulkan kekecohan, Si Young telah tampil memberi penjelasan dan berkata minuman itu tidak mengandungi alkohol yang tinggi.
Si Young sebelum ini menjadi bualan selepas mendedahkan dirinya hamil anak kedua menggunakan sperma bekas suaminya melalui proses IVF tanpa kebenaran lelaki itu.
Untuk rekod, Si Young dan lelaki bernama Seong Hun itu berkahwin dan mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia lapan tahun.
Bagaimanapun, perkahwinan mereka tidak bertahan dan disahkan bercerai sejak Mac tahun ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.