Baru-baru ini, nama aktor yang baru saja berkecimpung dalam industri seni iaitu Nabil Aqil menjadi bualan ramai selepas dia ada memuat naik satu hantaran seakan-akan memerli selebriti lain.
Nabil Aqil sindir Fazura?
Melihat di platform Threads, rata-rata netizen mendakwa hantaran sindiran itu ditujukan untuk selebriti popular, Fazura.
Difahamkan, hantaran di Instagram Story yang dimuat naik oleh Nabil itu mengatakan individu yang diperli sama seperti pelakon Hollywood bermasalah iaitu Amber Heard.
Disebabkan perkara tersebut, rata-rata netizen yang merupakan peminat Fazura tampil pertahankan aktres terbabit dan mengecam Nabil dengan mengatakan dirinya tidak perlu sibuk ikut campur isu berkaitan Fazura.
Malah, ramai juga yang mengatakan adakah ini cara untuk dirinya menaikkan nama agar diperkata ramai.
View this post on Instagram
Dapat dilihat juga di Instagram, Nabil dikatakan memadam komen-komen berkaitan isu ini, tetapi ada juga sesetengah netizen yang masih meninggalkan komen kecaman hingga mengatakan dia perlu berlatih berlakon dahulu sebelum sibuk masuk campur hal orang lain.