Aktor Drama Popular Hamilkan Bekas Kekasih Sehingga Lahirkan Anak?

Hiburan

Aktor Drama Popular Hamilkan Bekas Kekasih Sehingga Lahirkan Anak?

Ini kisah yang sama, pernah berlaku dan akan terus berlaku melibatkan selebriti tanah air selagi tidak menjaga batas pergaulan. mStar Online melaporkan, seorang aktor drama kegilaan ramai yang telah mempunyai kekasih telah menghamilkan bekas teman wanitanya sehingga melahirkan anak, kemudian melarikan diri seolah-olah tiada apa-apa yang pernah berlaku.


Gambar Hiasan

Advertisement

Pendedahan itu boleh didengar melalui rakaman suara yang disiarkan oleh mStar melalui rangkaian YouTube. Wanita berusia awal 20-an itu mendakwa telah cuba menghubungi pelakon itu untuk memintanya bertanggungjawab pada perbelanjaan anak yang telah lahir itu, bukannya lepas tangan begitu saja.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.



Bercerita mengenai apa yang berlaku, wanita itu mendakwa dia ialah bekas kekasih pelakon itu:

Kami pernah bercinta empat tahun lepas, dia pernah datang dan bermalam di rumah keluarga saya, tapi hubungan kami putus sehingga bertemu kembali awal tahun ini.

Kami bertemu semula melalui aplikasi Bigo dan dia ajak jumpa dan makan malam bersama. Ketika itu dia yang rancang kami tidur bersama di Port Dickson dan ketika itu saya dalam keadaan subur.

Gambar Hiasan

vlcsnap-2017-11-15-10h47m35s239

vlcsnap-2017-11-15-10h47m43s988

vlcsnap-2017-11-15-10h48m04s648

Menurut wanita itu, dia bermalam dengan aktor itu 17 Januari lepas dan telah melahirkan bayinya pada 3 Oktober. Dia yang hampir habis berpantang memberitahu telah disekat di aplikasi WhatsApp malah mesej yang ditinggalkan di kotak pesanan terus (DM) pelakon itu di Instagram tidak dpedulikan:

Saya beritahu dia saya sedang hamil tapi dia hanya baca mesej dan tidak menjawabnya. Tetapi kekasihnya pula menyerang saya dan bertanya apa hubungan kami.

Saya tidak mahu memanjangkan cerita kepada orang lain, saya cuma mahu dia datang jumpa dan buat DNA (ujian asid deoksiribonukleik) sama ada bayi ini anak dia atau bukan.

Bagi wanita itu, dia tidak menyimpan impian berkahwin dengan pelakon itu, namun sekurang-kurangnya pelakon itu patut bertanggungjawab membayar kos perbelanjaan wanita itu ketika menjalani pemeriksaan sebulan sekali di hospital swasta yang berjumlah RM 250 sebulan:

Saya tidak mahu apa pun, saya tidak berniat nak suruh dia jaga bayi ini atau kahwin dengan dia. Saya mahu dia bertanggungjawab sedikit, sekurang-kurangnya bayar bil pemeriksaan kandungan saya di hospital swasta.

Sepanjang sembilan bulan itu saya terpaksa ke hospital swasta kerana berasa malu.

Wanita itu berkata dia hampir menghantar DM ke akaun Instagram ibu pelakon itu, namun menukar fikiran kerana ingin menjaga aib pelakon itu:

Saya akan jaga sendiri anak ini walau dalam keadaan saya susah sekalipun. Saya bersyukur ibu-bapa saya dapat menerima saya dan bayi ini dengan baik. Cuma sehingga kini saya simpan rahsia siapa bapa kepada bayi ini, biarlah saya sahaja yang tahu.

Wanita itu kini merayu agar pelakon lelaki itu menghubunginya segera untuk menyelesaikan perkara ini secara baik. Rakaman suara wanita itu boleh didengar di bawah:


Penulis fikir, jika pelakon lelaki itu masih buat tak tahu selepas ini maka isu ini akan berpanjangan dan lebih serius? Begitu mudah pelakon lelaki ini menabur benih sehingga menghasilkannya nyawa, sekurang-kurangnya sila belajar bertanggungjawab dengan perbuatan sendiri dengan bersikap matang dan budiman, ya tak? – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...