Aktiviti Paranormal Buat Netizen Berdekah, Roslan Shah ‘Minta’ Ebit Lew Peluk Kerana Takut – “Takpe Ustaz, Kita Lelaki”

Hiburan

Aktiviti Paranormal Buat Netizen Berdekah, Roslan Shah ‘Minta’ Ebit Lew Peluk Kerana Takut – “Takpe Ustaz, Kita Lelaki”

Sebelum ini gelagat Roslan Shah atau Cik Lan dan usahawan Sajat melakukan aktiviti paranormal di kawasan perkuburan terkenal, Bukit Brown mencuri perhatian.

Kali ini, Cik Lan membuat aktiviti paranormal pada waktu malam bersama pendakwah bebas Ebit Lew dan video mereka telah membuatkan ramai terhibur.

Advertisement

cik lan sajat
2025-07-30 12:59:43

Sajat & Roslan Shah Buat Paranormal Di Kubur Bukit Brown, Terpaksa Berubat Sampai Muntah Darah?

Menerusi potongan video yang dikongsikan di Threads, Cik Lan yang dilihat seperti dalam ketakutan berkata kepada Ebit Lew bahawa pendakwah itu boleh memeluknya.

Ustaz, peluk saya. Takpe kita lelaki.

Ebit Lew yang nampak lebih tenang kemudian dilihat memegang kedua-dua belah bahu Cik Lan dan cuba menenangkannya.

 

View on Threads

 

Sesetengah netizen seakan tidak percaya pendakwah seperti Ebit Lew bersetuju untuk sertai aktiviti paranormal berkenaan dan membuat content ketika eksplorasi itu.

Video aktiviti paranormal Cik Lan sering kali mendapat perhatian netizen tidak kira siapa tetamu undangannya kerana ramai terhibur dengan telatah dan gelagatnya apabila berasa takut.

Difahamkan, ketika aktiviti paranormal itu Dato Seri Vida juga turut bersama-sama sertai mereka namun usahawan itu akan melakukan aktiviti berkenaan bersama selebriti dari Temasek pada 18 Ogos nanti.

Bagi rakaman kali ini, Cik Lan hanya membuat eksplorasi mistik di sekitar kawasan berkenaan berdua dengan Ebit Lew sahaja.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...