Aktiviti Bitcoin Secara ‘Haram’ Di Kuantan, TNB Kerugian Sebanyak RM 3.2 Juta

Teknologi

Aktiviti Bitcoin Secara ‘Haram’ Di Kuantan, TNB Kerugian Sebanyak RM 3.2 Juta

Tenaga Nasional Berhad (TNB) baru-baru ini membuat serbuan di 33 premis sekitar Kuantan kerana disyaki melakukan pengusikan pada peti agihan elektrik untuk menjalankan aktiviti perlombongan matawang kripto Bitcoin.

Yang menjadi masalahnya di sini adalah apabila mereka disyaki membuat sambungan pintasan daripada peti agihan elektrik secara terus ke dalam premis tanpa melalui meter. Penggunaan komputer berkuasa tinggi digunakan untuk aktiviti perlombongan ini menggunakan arus elektrik yang sangat tinggi.

Advertisement

Pengurus Besar (Penjangkaan) Bahagian Rangkaian Pembahagian TNB Siti Sarah Johana Mohd Said berkata premis tersebut mencatat jumlah arus elektrik tidak bermeter sebanyak 1,500 Amp dan 3 Amp bermeter.

Mesin perlombongan bitcoin

“Seperti yang kita lihat, arus 3 Amp bermeter itu hanya digunakan untuk satu lampu dan kipas sedutan mereka bayar bil sebanyak RM219, sementara arus 1,500 Amp tidak bermeter yang digunakan sepatutnya dibayar RM108,000 sebulan,”

Aktiviti melombong kripto Bitcoin yang dijalankan di 33 premis sekitar Kuantan dimana 23 premis berjaya diberkas sementara 10 lagi sempat menghapuskan bahan bukti sebelum pihak TNB tiba.

Bitcoin berlatarkan warna kelabu
Bitcoin secara ringkasnya adalah matawang digital (digital currency) yang digunakan sebagai medium pertukaran untuk memiliki sesuatu barang dan perkhidmatan dalam dunia sebenar. Bitcoin mining adalah salah satu cara untuk menambah Bitcoin.

Proses Bitcoin mining bukan dilakukan oleh seseorang atau perusahaan tetapi oleh ribuan komputer di seluruh dunia yang mempunyai internet. Komputer yang memproses transaksi ini dikenali sebagai miners.

 

Sumber: Bernama, Ringgit 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...