Tenaga Nasional Berhad (TNB) baru-baru ini membuat serbuan di 33 premis sekitar Kuantan kerana disyaki melakukan pengusikan pada peti agihan elektrik untuk menjalankan aktiviti perlombongan matawang kripto Bitcoin.
Yang menjadi masalahnya di sini adalah apabila mereka disyaki membuat sambungan pintasan daripada peti agihan elektrik secara terus ke dalam premis tanpa melalui meter. Penggunaan komputer berkuasa tinggi digunakan untuk aktiviti perlombongan ini menggunakan arus elektrik yang sangat tinggi.
Pengurus Besar (Penjangkaan) Bahagian Rangkaian Pembahagian TNB Siti Sarah Johana Mohd Said berkata premis tersebut mencatat jumlah arus elektrik tidak bermeter sebanyak 1,500 Amp dan 3 Amp bermeter.
“Seperti yang kita lihat, arus 3 Amp bermeter itu hanya digunakan untuk satu lampu dan kipas sedutan mereka bayar bil sebanyak RM219, sementara arus 1,500 Amp tidak bermeter yang digunakan sepatutnya dibayar RM108,000 sebulan,”
Aktiviti melombong kripto Bitcoin yang dijalankan di 33 premis sekitar Kuantan dimana 23 premis berjaya diberkas sementara 10 lagi sempat menghapuskan bahan bukti sebelum pihak TNB tiba.
Proses Bitcoin mining bukan dilakukan oleh seseorang atau perusahaan tetapi oleh ribuan komputer di seluruh dunia yang mempunyai internet. Komputer yang memproses transaksi ini dikenali sebagai miners.
Sumber: Bernama, Ringgit