Berita terkini buat kerajaan Pahang kerana rakyat negeri ini tidak dibenarkan berbuka puasa di padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) 1 sepanjang Ramadan tahun ini.
Lapor EXCO Kerajaan Tempatan dan Perumahan Pahang, Datuk Abd Rahim Muda, berkata keputusan itu bertujuan mengawal penularan wabak COVID-19.
“Kerajaan negeri meminta masyarakat Islam di daerah ini yang berhasrat berbuka di padang MBK 1 akur dengan arahan yang ditetapkan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Setiap kali Ramadan, padang MBK 1 menjadi tumpuan masyarakat di daerah itu berbuka puasa secara santai bersama keluarga.
Pada masa sama, bazar Ramadan yang beroperasi berhampiran padang MBK 1 turut memudahkan orang ramai untuk membeli juadah berbuka.
Berbicara mengenai jumlah peniaga bazar Ramadan di seluruh Pahang tahun ini, beliau berkata, seramai 1,836 orang sudah dibenarkan berniaga di 58 lokasi.
Katanya, MBK merekodkan jumlah peniaga paling ramai iaitu 885 orang membabitkan 25 lokasi.
“Semua peniaga diminta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) iaitu pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal satu meter, pemeriksaan suhu dan kebersihan gerai.
Peniaga juga diwajibkan menutup makanan sepanjang masa dan dilarang menggunakan bekas bungkusan makanan daripada styrofoam.
Pun begitu, peniaga masih dibenarkan menggunakan kertas pembungkus khas atau pembungkus plastik High-Density Polyethylene (HDPE). Ujar Datuk Abd Rahim sebelum mengakhiri hujah.
Semoga jangkitan Covid-19 akan terbendung dan kita semua dapat sama-sama menjalani kehidupan seperti sedia kala. Apa-apa pun, staysafe!