Aktivis GSF Ditahan Isra*l: Isteri Kongsi Pesanan Dr Taufiq – “Abang Tak Boleh Janji Akan Balik”

Trending

Aktivis GSF Ditahan Isra*l: Isteri Kongsi Pesanan Dr Taufiq – “Abang Tak Boleh Janji Akan Balik”

Isteri salah seorang aktivis misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), Dr Taufiq Mohd Razif iaitu Dr Nabilah Mohd Rubani akui risau keadaan suaminya yang kini dibawah tahanan pihak berkuasa Israel.

Ya Allah, aku serahkan suamiku kepada-Mu. Dia pergi ke sana (misi ke Gaza) dengan persiapan sepenuhnya.

Bagaimanapun wanita berusia 37 tahun itu yakin serta percaya kepada Allah SWT dan tetap tenang meskipun berdebar menunggu khabar dan perkembangan daripada suami.

Saya percaya setiap perjalanan misi itu sudah diatur Allah SWT sebaik-baiknya. Suami juga sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, saya tidak meminta lebih kerana saya yakin Allah SWT menjaga suami, fizikal dan maruahnya.

keluarga Dr Taufiq aktivis GSF

Tambahnya, jika Dr Taufiq ditakdirkan syahid, itulah nikmat paling besar daripada Allah namun dia tidak putus berdoa agar suami dan sukarelawan lain selamat.

Kata Dr Nabilah, sepanjang sebulan suaminya berlayar, mereka berhubung setiap hari dan kali terakhir komunikasi adalah pada jam 9 pagi, 2 Oktober (waktu Malaysia).

Penahanan itu sudah dijangka, malah sebelum ke sana suami pernah cakap ‘abang tak boleh janji akan balik’ namun saya selalu berdoa suami sentiasa dalam lindungan Allah SWT.

Advertisement

Dr Taufiq GSF

2025-10-03 11:48:09

Imam Muda Asyraf Dedah Pesanan Terakhir PU Rahmat Sebelum Ditahan Tentera Isra*l - "Kalau Tak Jumpa, Jumpa Di Syurga..."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...