Berikutan larangan untuk menjalani sebarang penggambaran sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelakon Shaheizy Sam nampaknya aktif mengisi masa terluang dengan aktiviti menanam dan berkebun.
Kata Shaheizy, dengan melakukan aktiviti seperti itu sekurang-kurangnya dia boleh menghilangkan rasa bosan daripada tidak berbuat apa-apa di rumah.
View this post on Instagram
Jelas bintang filem Polis Evo itu lagi, aktiviti berkebun dan bertukang telah menjadi suatu kepuasan apabila segalanya menjadi seperti yang diingini.
Dia turut berkongsi aktivitinya membina landskap dan taman mini di ruangan Instagram untuk tatapan peminat dan juga pengikut media sosialnya.
Saya bila tak ada kerja, mulalah buat itu, buat ini. Sebab dah terlalu bosan duduk rumah. Kerja-kerja seperti ini (berkebun dan bertukang) sebenarnya merupakan satu kepuasan lebih-lebih lagi bila kita buat sampai jadi.
Shaheizy dalam pada itu sempat menyampaikan hasrat agar Majlis Keselamatan Negara (MKN) membenarkan sektor industri kreatif untuk kembali dibuka sepenuhnya
View this post on Instagram
Jadi tolonglah pihak MKN supaya membenarkan kami untuk kembali menjalani penggambaran. Kalau tidak, lama-lama rumah saya jadi macam kondominium. Sikit-sikit tambah (ubah suai rumah).
Terdahulu, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) memaklumkan bahawa pembukaan semula aktiviti penggambaran filem pada fasa kedua Pemulihan Negara telah diluluskan seperti yang diumumkan Ismail Sabri Yaakob ketika beliau menjawat jawtanan sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 19 Julai 2021 yang lalu.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.