Pelawak Achey yang baru-baru ada mengumumkan bahawa dia dan isteri bakal menjalani rawatan kesuburan iaitu prosedur In-Vitro Fertilisation (IVF) tidak lama lagi kini dilihat aktif melibatkan diri dalam sukan berbasikal.
Difahamkan, dia dan isteri perlu mendapatkan berat badan ideal terlebih dahulu sebelum menjalani prosedur tersebut.
Kata Achey lagi, isterinya kini sedang giat bersukan dan mengambil contoh aktiviti yang sering dilakukan Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu berbasikal sebelum menjalani rawatan tersebut.
View this post on Instagram
“Untuk buat IVF ini, orang rumah saya kena utamakan kesihatan dirinya dulu. Dia kena turunkan berat badannya. Kena steady dulu. Benda yang dia ikut adalah macam Tok Ti. Tengok macam mana Tok Ti nak dapat Aafiyah, sukan tak berhenti. Itu yang dia berbasikal untuk kuruskan badan sedikit.”
Achey ditemui media sewaktu pelancaran produk makanan ringan Dorylicious di Gombak, Selangor baru-baru ini.
Tambah pelawak ini lagi, prosedur rawatan itu berkemungkinan akan dijalankan pada awal tahun hadapan jika tiada aral melintang.
View this post on Instagram
Achey dalam pada itu optimis meskipun telah diberitahu bahawa rawatan tersebut mempunyai pelbagai kemungkinan termasuklah gagal. Ujar dirinya lagi, sudah lama dia dan isteri menanti hampir 10 tahun untuk memperoleh cahaya mata namun redha jika ianya memperoleh keputusan yang sebaliknya kelak.
Sumber : Astro Gempak