Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 Berkuatkuasa 23 Oktober, Hukuman Berat Menanti Pesalah

Trending

Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 Berkuatkuasa 23 Oktober, Hukuman Berat Menanti Pesalah

Tidak dapat dinafikan, sehingga kini kemalangan jalan raya yang berlaku di Malaysia semakin hari semakin menjadi-jadi bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

Malah ada juga yang mengutarakan pendapat bahawa kemalangan berlaku disebabkan pelbagai faktor antaranya sikap kecuaian pemandu itu sendiri, faktor jalan yang tidak rata dan sebagainya.

Advertisement

Namun kini, Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 membawa hukuman yang lebih berat bagi kesalahan lalu-lintas khususnya berkaitan Seksyen 41 hingga Seksyen 45 akan berkuat kuasa mulai 23 Oktober ini.

Menurut Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, pihaknya menerima pemberitahuan penetapan tarikh permulaan kuat kuasa akta itu daripada Jabatan Peguam Negara semalam, malah ia juga sudah ditandatangani olehnya hari ini.

“Kami harap pindaan terbaharu ini akan meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengguna jalan raya untuk mematuhi undang-undang lalu-lintas bagi memastikan jalan raya di negara kita selamat untuk semua,”

Untuk rekod, antara pindaan itu ialah Seksyen 41 yang membabitkan kesalahan menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu dan membahayakan iaitu hukuman penjara selama lima hingga 10 tahun dengan denda RM20,000 hingga RM50,000.

Manakala, untuk Seksyen 44 mengenai kesalahan menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu atau membahayakan yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu kes yang menyebabkan kecederaan dan yang mengakibatkan kematian.

Individu yang menyebabkan kematian juga akan dipenjara antara 10 dan 15 tahun serta didenda antara RM50,000 dan RM100,000 selain hilang kelayakan lesen selama 10 tahun untuk kesalahan pertama.

Pindaan ini juga membawa hukuman penjara 15 hingga 20 tahun, denda tidak kurang daripada RM100,000 serta denda maksimum RM150,000 selain hilang kelayakan lesen untuk tempoh 20 tahun, bagi kesalahan berikutnya.

Hasil kaji selidik daripada 345,000 responden yang dilakukan Kementerian juga mendapati, 94 peratus bersetuju hukuman lebih berat dikenakan buat individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah.

Sumber: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...