Kementerian Kesihatan menerusi menterinya, Khairy Jamaluddin memaklumkan pihak mereka berhasrat untuk menggubal perundangan baharu yang dikenali sebagai Akta Kawalan Tembakau dan Merokok dalam persidangan Parlimen pada tahun ini, lapor Utusan Malaysia.
Ujar Khairy, undang-undang tersebut akan dilaksanakan dengan lebih tegas dan berharap ia akan melahirkan generasi yang tidak lagi kenal apa itu rokok dan produk berkaitannya.
Dia memaklumkan mengenai perkara itu ketika Majlis Amanat Tahun Baharu 2022 peringkat kementerian yang diadakan secara hibrid di Putrajaya.
Peruntukan akta ini memang harus diwujudkan segera demi memastikan sampai satu masa kelak, anak muda generasi terakhir kita akan tidak kenal apa itu rokok.
Meskipun tidak dinyatakan secara spesifik, Khairy merujuk kepada Peraturan Kawalan hasil Tembakau 2004 (pindaan 2018) yang diwartakan pada 2020 sebagai undang-undang larangan merokok.
Khairy Hints At Smoking Ban For Next Generation
Khairy Jamaluddin says the new Tobacco and Smoking Control Act will not just regulate vape, but also enforce a smoking “generation end-game”.https://t.co/clSKsGrr2S
— CodeBlue (@codebluenews) January 15, 2022
Jelasnya lagi, dia menjangka akta baharu itu akan mengundang banyak kontroversi namun langkah-langkah seperti itu perlu bermula sekarang bagi mengawal selia trend gejala merokok.
Sekadar info, Malaysia kini di tangga ke-72 paling ramai perokok di dunia dengan kadar 22 peratus atau tujuh juta penduduknya ialah perokok serta 53 peratus daripada jumlah itu ialah wanita.
Tambah Khairy, Kementerian Kesihatan bertekad untuk menyemak semula Akta Dadah Berbahaya dan Akta Racun bagi isu kawal selia dapat dilakukan ke atas penggunaan substans tumbuhan seperti ganja dan ketum.