Sepanjang krisis penularan COVID-19 di Malaysia, kitap asti sering mendengar tentang Akta 342 iaitu Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang sering diucapkan oleh pihak kerajaan mahupun para petugas hadapan.
Namun, sebenarnya ini merupakan kali pertama ianya digunakan di negara ini selepas lebih 30 tahun ia digubal.
Akta tersebut pertama kali diperintahkan penguatkuasaannya ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac lalu.
Selepas lebih 30 tahun diwujudkan, Akta 342 (Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988) buat pertama kali digunakan di negara kita ?? bagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu.
Info baharu untuk silibus subjek negara.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) June 8, 2020
Akta tersebut dikategorikan kepada enam bahagian iaitu:
- Permulaan
- Pentadbiran
- Pencegahan Pembawaan Masuk Penyakit Berjangkit
- Mengawal Merebaknya Penyakit Berjangkit
- Kesalahan dan Penalti
- Pelbagai
Untuk mengetahui secara terperinci tentang isi kandung Akta 342 ini, anda boleh muat turun di pautan ini.
Peraturan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) di bawah akta ini perlu sentiasa dipatuhi, termasuk penjarakan sosial dan kebersihan diri yang mesti diamalkan setiap masa.