Belum reda dengan isu seorang pemuda berlakon sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU), timbul lagi satu isu yang membuatkan hati orang ramai yang menonton video tular itu membuak-buak dengan kemarahan.
Ia tentang satu video yang tular di Twitter baru-baru ini, dimana beberapa orang wanita yang berpakaian seperti penunggang basikal berlakon seperti orang cacat semata-mata untuk menggunakan tandas khas untuk OKU di sebuah stesen minyak.
iyaaa lawakk. sangat lawak yaa. pic.twitter.com/t3YcuRnhEa
— flaawehh (@farrashafeka) December 8, 2021
Dalam pada masa yang sama, turut kedengaran suara individu merakam video terbabit yang hanya tertawa melihat perlakuan rakan-rakannya itu.
Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen mengecam tindakan sekumpulan wanita terbabit dan menganggap kelakuan yang dibuat sungguh memalukan.
Selepas mengetahui hal yang dilakukan itu telah tular dan menaikan kemarahan orang ramai, salah seorang individu daripada rider basikal itu telah memohon kepada orang ramai serta berkata tidak mempunyai sebarang niat untuk menghina mana-mana pihak.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.