November 3rd, 2014

Sabtu lalu, 5 ahli Running Man iaitu Song Ji Hyo, Jee Seok Jin, Kim Jong Kook, Ha Ha dan Lee Kwang Soo telah menjejaki kaki ke Malaysia. Dibawakan oleh OneHD, kelima-lima ahli ini telah menghiburkan ribuan rakyat Malaysia dengan aksi lucu mereka di konsert yang telah berlangsung di Stadium Negara. Menariknya, perwatakan mereka di dalam Running Man adalah sama dengan apa yang dipertontonkan ketika konsert.

running man di malaysia

Dengan tema #RaceStartMY, kelima-lima ahli Running Man ini memulakan hari mereka dengan sidang media di Double Tree Hilton kira-kira jam 11 pagi. Para media yang hadir tergelak besar melihat gelagat lucu Ha Ha dan Lee Kwang Soo. Jawapan-jawapan yang diberikan ketika menjawab soalan daripada media juga membuatkan hadirin ketawa. Mereka berlima turut berjanji akan memberika aksi terbaik untuk para hadirin yang akan menghadiri konsert mereka yang akan bermula jam 6.30 petang.

running man di malaysia

Selepas sidang media selesai, kelima-lima ahli Running Man bergegas untuk sesi ‘autograph’ bersama peminat di Paradigm Mall. Daripada apa yang Abang Nara baca, khabarnya keempat-empat tingkat kompleks membeli-belah itu penuh sesak dengan para peminat mereka. Pastinya para peminat program tersebut tidak mahu melepaskan peluang bersemuka dengan ahli Running Man yang sentiasa membuatkan mereka ketawa dengan aksi lucu mereka setiap hari Jumaat jam 11.45 malam di OneHD saluran Astro 393.

running man di malaysia

Ketika konsert, jujur Abang Nara katakan diri ini amat terharu dengan kesungguhan, semangat dan usaha gigih yang ditunjukkan oleh kelima-lima ahli ini untuk menghiburkan para peminat yang datang. Ha Ha dan Lee Kwang Soo banyak berinteraksi dengan peminat untuk memeriahkan lagi konsert. Malah Lee Kwang Soo dilihat berlari sehingga ke penonton di tempat duduk atas untuk memberikan mereka peluang melihat dirinya secara lebih dekat. Memang terharu dibuatnya.

running man di malaysia

Diharap sekiranya Running Man hadir sekali lagi ke Malaysia, ia adalah untuk sesi rakaman bersama ketujuh-tujuh ahli. Pasti akan lebih meriah sekiranya Yoo Jae Suk dan Gary turut turun padang melengkapkan kesemua ahli Running Man. Kesimpulannya, aksi Running Man di Malaysia untuk #RaceStartMY memang daebak. Terbaik dari ladang. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

running man di malaysia
running man di malaysia
running man di malaysia
running man di malaysia
running man di malaysia
running man di malaysia
running man di malaysia
running man di malaysia
running man di malaysia
running man di malaysia
running man di malaysia
running man di malaysia
running man di malaysia
running man di malaysia

running man di malaysia


Comments are closed.

Loading...