Aksi Pemandu Lori Tangki Merempuh Laju Pada Penunjuk Perasaan George Floyd Menimbulkan Tanda Tanya

Trending

Aksi Pemandu Lori Tangki Merempuh Laju Pada Penunjuk Perasaan George Floyd Menimbulkan Tanda Tanya

Jabatan Keselamatan Awam Minnesota melaporkan seorang pemandu lori tangki telah memandu dalam keadaan had laju tinggi di Jambatan Interstate 35W semalam. Aksi berbahaya itu telah merempuh penunjuk perasaan yang melakukan protes aman bagi menuntut keadilan untuk George Floyd.

Pada ketika ini, demonstrasi di Minnesota dilakukan secara besar-besaran selepas kematian lelaki berkulit hitam yang meninggal dunia di tangan polis. Di dalam kejadian itu, pihak polis dirakamkan menggunakan kekerasan terhadap George Floyd dengan meletakkan lutut di leher mangsa.

Advertisement

Rempuhan laju

Walau bagaimanapun, Pesuruhjaya DPS John Harrington melaporkan tiada penunjuk perasaan yang mengalami cedera parah akibat rempuhan itu. Beliau menganggarkan kira-kira 5,000 ke 6,000 penunjuk perasaan berada di atas jambatan itu ketika rempuhan dilakukan.

Beliau mengatakan trak itu sudah berada di jalan raya itu sebelum kejadian, walaupun jalan telah ditutup kira-kira 40 minit lebih awal pada pukul 5 petang. Untuk makluman, terdapat penghadang yang ditempatkan khas untuk para penunjuk perasaan melakukan protes secara aman.


Pihak polis kemudian tiba tidak berapa lama kemudian, dan mula menggunakan penyembur kimia pada penunjuk perasaan. Termasuklah kepada mereka yang berusaha menolong menangkap lelaki itu ke kereta pasukan polis.

Gov. Tim Walz kemudian menjelaskan 90 minit selepas kejadian di dalam satu sidang media, pihak polis telah segera mengosongkan jambatan itu. Ini berikutan kemungkinan kebocoran gas atau bahan kimia daripada tangki lori tersebut yang boleh membahayakan orang ramai.

Pemandu itu yang ditarik keluar dari trak dan diserang oleh penunjuk perasaan kemudian dirawat di atas kecederaan ringan di Hennepin Healthcare. Dia kini berada di dalam tahanan Penjara Hennepin County. Berdasarkan beberapa video kejadian, para penunjuk perasaan dapat dilihat berusaha menghentikan lori tangki itu dengan beberapa mereka berusaha melindunginya dari terus diserang.

Artikel berkaitan: (Video) Wartawan CNN Ditahan Dalam Siaran Langsung Ketika Buat Laporan Protes George Floyd

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...