Pengguna media sosial terhibur dengan satu video simple dikongsikan seorang individu ketika dia makan di sebuah restoran mamak baru-baru ini.
Walaupun hanya berdurasi 26 saat namun rakaman itu berjaya meraih perhatian dan telah mendapat lebih 2 juta tontonan di laman sosial TikTok.
Berdasarkan hantaran itu, individu yang merakam video tersebut iaitu @hamdanikhwaan telah menunjukkan point of view pelanggan yang sedang menunggu pesanan makanan yang belum sampai.
Apa yang mencuit hati netizen adalah video tersebut menunjukkan aksi salah seorang pekerja mamak yang sedang on the phone dan berborak sambil mengupas kulit bawang.
Lihatlah si manis, kamu dah melambatkan nasi gorengku. Ni mesti LDR (long distance relationship).
@hamdanikhwaan Ni mesti LDR… #f #foryou #foryoupage #fyppppppppppppppppppppppp #nasikandar #inlove #sitinurhaliza ♬ Aku Cinta Padamu – Siti Nurhaliza
Video itu telah menjadi bahan lawak ramai netizen di mana rata-ratanya memberi komen menghiburkan termasuklah ada yang mereka perbualan pekerja tersebut dengan individu yang dihubunginya.
Bukan itu sahaja, ada yang ‘tersakiti’ kerana memikirkan pekerja kedai mamak pun sudah berpunya sedangkan mereka pula masih single pada tahun 2025.
Mamak pun tak single, kalah teruk aku ni.
Tidak kurang juga para wanita yang memerli teman lelaki masing-masing serta kaum Adam yang kurang memberi effort dalam perhubungan terutamanya bab ‘on the phone’.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.