Baru pulang dari umrah, Neelofa telah pun menjejakkan kakinya ke Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 sebagai tanda sokongannya. Kehadiran Neelofa tidak sia-sia apabila telah diumumkan sebagai pemenang kategori Pengacara TV Wanita Popular. Menariknya, ketika Neelofa sedang berjalan menuju ke pentas, seorang lelaki telah menghulurkan tangan untuk menyalamnya. Namun salam itu telah di’reject’ oleh Neelofa dan aksi tersebut menjadi viral di laman sosial.
Rata-rata ramai yang gembira dengan ‘rejection’ tersebut dan memuji Neelofa yang mengikut syariat Islam agar tidak bersalam dengan lelaki bukan muhrim. Ramai juga yang membuat lawak dan kasihankan lelaki tersebut. Hehehe. Tergelak-gelak juga baca komen di laman sosial. Kelakar-kelakar juga rakyat Malaysia ini.
Apa pun tahniah kepada Neelofa atas kemenangan anda. Tahniah juga kerana menunjukkan contoh yang baik selaku seorang Muslimah yang bertudung. Semoga lelaki tersebut tidak terlalu kecewa. Jangan tak tidur malam iye bang. Hehehe.