Siapa tak kenal kereta model Perodua Myvi ini yang sering dikaitkan dengan macam-macam aksi di jalan raya.
Sampai ramai yang menggelarnya sebagai ‘King of The Road’ kerana aksi-aksinya yang luar biasa mencuri tumpuan warganet di laman sosial.
Kali ini, satu perkongsian daripada seorang individu di laman Facebook yang menunjukkan ‘aksi luar biasa’ daripada kereta Myvi yang meredah semak samun ibarat kereta 4×4 menuju ke kebun durian.
Myvi is king
Menerusi video yang dikongsikan, memang jelas dapat dilihat kedua-dua kereta tersebut melalui jalan tidak rata dan meredah semak samun untuk ke kebun durian.
Menurut pemilik akaun yang dikenali sebagai Azlin, mereka memasuki kawasan tersebut bukan untuk merentas daerah atau negeri menggunakan ‘jalan tikus’, tetapi untuk mengambil durian di kebun.
Biasa orang ambil durian ambil guna kereta 4×4, tapi lain pula kali ini ya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata ramai yang tidak menyangka kedua-dua kenderaan tersebut dapat meredah laluan tersebut yang jelas kelihatan tidak rata.
Namun, ada juga yang berseloroh supaya tak perlu untuk beli kenderaan berat untuk membawa durian kerana kereta model ini sudah cukup memadai.
Memang lain daripada yang lain perkongsian kali ini kerana kebiasaannya ‘aksi luar biasa’ daripada kereta jenis Perodua Myvi dikongsi di atas jalan raya namun berbeza untuk kali ini.
Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara