Sedia maklum, semalam, penyanyi dikenali ramai iaitu Aisha Retno telah membuat warganet berasa kurang melihat dirinya menari terlalu ‘over’ di platform TikTok.
Tidak melatah dengan kecaman yang diterima, penyanyi wanita itu berkata dirinya hanya membuat gerakan mengikut irama muzik yang dimainkan di dalam video tersebut.
Tengah buat TikTok, tarian memang begitu.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Aisha yang enggan mengambil kisah mengenai kecaman netizen dan berharap orang ramai lebih memberi fokus kepada album sulungnya yang baru dilancarkan pada 25 Julai lalu.
Daripada kecam, alang-alang itu lebih baik dengar album terbaru saya. Mesti akan suka lagu-lagu saya.
Sekadar info, aksi Aisha menari bersama rakan selebritinya, Vanessa Reynauld sebelum ini telah mendapat kecaman ramai susulan Aisha dikatakan terlalu ‘over’ jika hendak dibandingkan dengan Vanessa yang lebih sopan biarpun bukan beragama Islam.