Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Aksi Manja Syafiq Kyle Atas Dada Hannah Delisha Dikecam Netizen

Drama Mencintaimu Mr Photographer yang sebelum ini mendapat sambutan yang agak baik daripada penonton bertukar menjadi kecaman netizen gara-gara babak manja Syafiq Kyle yang lentok di atas dada pelakon, Hannah Delisha. Netizen menyifatkan drama tersebut tidak sesuai untuk tontonan umum kerana ia mengenepikan nilai murni agama Islam.

Advertisement

Malah,ada juga netizen yang membandingkan Syafiq bersama aktor lain yang tidak perlu beraksi “melampau” mahupun bersentuhan dengan wanita lain tetapi masih dapat membawakan watak yang diberikan dengan baik.

Berbicara mengenai isu ini, Syafiq memberitahu  babak yang beliau lakonkan itu hanya untuk memenuhi kehendak jalan cerita. Syafiq hanya mahu lakonan beliau mempunyai kualiti tersendiri.

Saya ada teori saya sendiri dan ada juga drama yang saya tak pegang langsung. Kita ikut skrip dan penonton boleh bersuara jangan bersentuh, itu… ini, tetapi mereka tak ada kuasa untuk menilai saya siapa, Hannah siapa atau director siapa kerana kita masing-masing tahu apa yang kita kerjakan.

Setiap pelakon mempunyai cara yang berbeza untuk “menghidupkan” watak yang diberikan. Jika tuan empunya badan tidak kisah dikritik demi lakonan yang berkualiti, apa lagi yang hendak dikatakan?

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama