Aksi Lelaki Cuba Ceroboh Rumah & Mencuri Berjaya Dirakam Tuan Rumah

Trending

Aksi Lelaki Cuba Ceroboh Rumah & Mencuri Berjaya Dirakam Tuan Rumah

Jenayah. Satu perkara yang sangat sinonim dengan semua negara dalam dunia termasuklah negara kita sendiri. Terdapat banyak jenis dan contoh jenayah ini tetapi antara yang sering kita dengar adalah seperti mencuri, merogol, penyalahgunaan dadah, mengedar dadah dan membunuh.

Agak menyedihkan apabila banyak berita kita dengar dan lihat tentang individu yang terlibat dengan kegiatan jenayah ini. Bukan setakat sedih, ia juga kadangkala sedikit sebanyak menambah rasa takut dan tidak selamat kepada kita untuk keluar rumah atau berada di tempat yang dipenuhi orang.

Advertisement

5 bulan lalu

Meja ‘Food Bank’ Lesap Dibawa Lari Pencuri

Disebakan itu, zaman sekarang ini kita sememangnya digalakkan untuk lebih berhati-hati terutamanya ketika seorang diri kerana banyak kes jenayah yang berlaku. Tidak kiralah sama ada bagi kaum wanita mahupun lelaki, keselamatan diri perlu dijaga dan sentiasa berwaspada dengan kawasan sekeliling supaya tidak ada perkara buruk yang berlaku.

Cubaan seorang lelaki menceroboh rumah untuk mencuri gagal apabila dapat tahu ada orang dalam rumah

Baru-baru ini tular di laman TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna bernama @syukripok yang memaparkan seorang wanita berjaya merakam aksi seorang lelaki cuba untuk menceroboh masuk ke dalam rumahnya dan mencuri.

@syukripokApabila benda macam ni berlaku di kejiranan kite….##layan ##fyp? ##kamisempoi ##hatihatiadapencuri? original sound – Syukri Pok

Advertisement

Dalam perkongsian video tersebut, kelihatan pengguna laman sosial itu yang merupakan seorang wanita sedang merakam aksi seorang lelaki ketika lelaki itu mencuba menceroboh masuk ke dalam kawasan rumahnya secara senyap-senyap.

Lelaki itu dilihat sedang menuju ke pagar rumah wanita tersebut lalu memanjat pagar rumah. Namun, sebaik sahaja dia melepasi pagar rumah itu, wanita tersebut terus menegurnya tentang apa yang dia ingin lakukan dengan nada yang marah.

Situasi tersebut membuatkan lelaki itu terkejut lalu membatalkan niatnya dan terus beredar dari rumah tersebut. Difahamkan, tuan rumah tersebut telah membuat laporan polis selepas kejadi itu kerana risau situasi sama akan berulang lagi.

@syukripokReply to @faridul_atras ##layan? Syukur Alhamdulillah – Wafiq Azizah

“Kalau saya kak, jerit pencuri sekuat hati biar jiran lain aware. Kalau tak nanti dia buat dekat rumah orang lain.”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 574.9 ribu tontonan, 34.8 ribu tanda like dan 507 komen. Rata-rata netizen turut meluahkan perasaan dan reaksi mereka sendiri mengenai kejadian yang berlaku terhadap wanita tersebut.

Lelaki menceroboh & niat mencuri Lelaki menceroboh & niat mencuri Lelaki menceroboh & niat mencuri Lelaki menceroboh & niat mencuri Lelaki menceroboh & niat mencuri Lelaki menceroboh & niat mencuri Lelaki menceroboh & niat mencuri Lelaki menceroboh & niat mencuri Lelaki menceroboh & niat mencuri

Lelaki menceroboh & niat mencuri

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ramai juga yang berkongsi perkara atau cara yang boleh dilakukan wanita tersebut apabila berlaku perkara sebegitu supaya keadaan akan lebih selamat dan jiran-jiran sekeliling akan sedar dengan kehadiran individu yang datang untuk menceroboh rumah.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...