Jenayah. Satu perkara yang sangat sinonim dengan semua negara dalam dunia termasuklah negara kita sendiri. Terdapat banyak jenis dan contoh jenayah ini tetapi antara yang sering kita dengar adalah seperti mencuri, merogol, penyalahgunaan dadah, mengedar dadah dan membunuh.
Agak menyedihkan apabila banyak berita kita dengar dan lihat tentang individu yang terlibat dengan kegiatan jenayah ini. Bukan setakat sedih, ia juga kadangkala sedikit sebanyak menambah rasa takut dan tidak selamat kepada kita untuk keluar rumah atau berada di tempat yang dipenuhi orang.
Disebakan itu, zaman sekarang ini kita sememangnya digalakkan untuk lebih berhati-hati terutamanya ketika seorang diri kerana banyak kes jenayah yang berlaku. Tidak kiralah sama ada bagi kaum wanita mahupun lelaki, keselamatan diri perlu dijaga dan sentiasa berwaspada dengan kawasan sekeliling supaya tidak ada perkara buruk yang berlaku.
Cubaan seorang lelaki menceroboh rumah untuk mencuri gagal apabila dapat tahu ada orang dalam rumah
Baru-baru ini tular di laman TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna bernama @syukripok yang memaparkan seorang wanita berjaya merakam aksi seorang lelaki cuba untuk menceroboh masuk ke dalam rumahnya dan mencuri.
“Kalau saya kak, jerit pencuri sekuat hati biar jiran lain aware. Kalau tak nanti dia buat dekat rumah orang lain.”
Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 574.9 ribu tontonan, 34.8 ribu tanda like dan 507 komen. Rata-rata netizen turut meluahkan perasaan dan reaksi mereka sendiri mengenai kejadian yang berlaku terhadap wanita tersebut.
Ramai juga yang berkongsi perkara atau cara yang boleh dilakukan wanita tersebut apabila berlaku perkara sebegitu supaya keadaan akan lebih selamat dan jiran-jiran sekeliling akan sedar dengan kehadiran individu yang datang untuk menceroboh rumah.
Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara