Aksi Jurubahasa Isyarat Terjemah Situasi Tegang Di Parlimen Curi Tumpuan

Trending

Aksi Jurubahasa Isyarat Terjemah Situasi Tegang Di Parlimen Curi Tumpuan

Mesyuarat Khas Dewan Rakyat telah berlangsung sejak dari pagi tadi dan tidak sampai sejam bersidang, suasana dalam dewan tersebut bertukar panas apabila berlaku pertikaman lidah antara Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Harun dan wakil rakyat pembangkang.

Menurut laporan Berita Harian, kekecohan itu bermula apabila wakil rakyat pembangkang meminta penjelasan daripada Azhar Azizan berhubung ketiadaan perbahasan, usul dan undian mengenai Proklamasi dan Ordinan Darurat pada sidang khas berkenaan.

Advertisement

Namun, selain daripada kehangatan ketika sidang tersebut, terdapat perkara lain yang turut menarik perhatian netizen apabila melihat kesungguhan seorang penterjemah bahasa isyarat yang tidak henti menterjemahkan ayat-ayat daripada sidang parlimen yang datang secara bertubi-tubi.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan oleh seorang pengguna laman Twitter, @SinYew, dilihat wanita pada kotak kecil di bahagian bawah televisyen itu tak berhenti-henti menjalankan tugasnya untuk memastikan orang kurang upaya (OKU) mendapat maklumat dan mengetahui apa yang dibahas oleh Ahli Parlimen terlibat.

Perkara itu menjadi perbualan dalam kalangan netizen apabila rata-rata daripada mereka melahirkan rasa simpati dengan tugas yang dilakukan olehnya.

sidang parlimen

Sumber : Twitter

sidang parlimen

Sumber : Twitter

Ada juga netizen yang turut mengucapkan tahniah kepada penterjemah bahasa isyarat itu yang berjaya mengikuti kelajuan Ahli Parlimen yang sedang bersidang itu berkata-kata.

sidang parlimen

Sumber : Twitter

Susulan kejadian tersebut, dikatakan penterjemah yang sepatutnya bertugas pada pagi ini telah pun bertukar kepada orang lain.

sidang parlimen

Sumber : Twitter

Walau bagaimanapun, netizen tetap memuji tindakan yang dilakukan oleh penterjemah bahasa isyarat itu yang membantu golongan OKU supaya mudah faham akan situasi yang berlaku selain turut teruja melihat ketenangannya menterjemah walaupun banyak suara diucapkan dalam satu masa.

Setakat ini, video yang dikongsikan itu telah mencapai lebih daripada 49,000 jumlah tontonan serta 1,376 tweet semula.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...