Anda pernah cuba naik paragliding? Bagi sesiapa yang gayat, mesti takut untuk cuba kan? Tidak dinafikan, aktiviti ekstrem seperti paragliding ini sememangnya agak menakutkan bagi individu yang pertama kali ingin mencuba. Lebih-lebih lagi bagi yang gayat apabila berada di tempat tinggi.
Namun, anda pasti ingin melakukannya sekali lagi selepas selesai mencuba buat pertama kali kerana keseronokan yang ada pada aktiviti ini sangat sukar digambarkan dan hanya boleh dirasai bagi yang sudah mencuba.
Aktiviti ekstrem paragliding ini boleh dikatakan sudah tidak asing lagi bagi kita dan ramai individu yang mula berjinak-jinak menceburi bidang ini. Bukan itu sahaja, ramai juga yang bertindak untuk mencuba sukan ekstrem ini kerana ingin menghilangkan stres.
Tambahan pula jika kita baru saja lepas putus cinta, kecewa dengan bekas kekasih atau mempunyai masalah kita yang tersendiri, salah satu cara untuk melepaskan stres adalah dengan membuat aktiviti-aktiviti ekstrem seperti menaiki paragliding ini.
Gadis menjerit semasa paragliding untuk hilangkan stres, abang pilot pula sempoi melayan
Baru-baru ini tular di laman TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna bernama @culailapatimah yang memaparkan seorang gadis yang menjerit sepuas hati semasa menaiki paragliding.
Dalam perkongsian video tersebut, kelihatan gadis itu sedang menikmati pemandangan yang cantik semasa melakukan aktiviti paragliding bersama seorang guide atau lebih mesra dipanggil sebagai abang pilot.
Apa yang membuatkan ramai penonton terhibur melihat perkongsian video tersebut adalah apabila gadis tersebut dilihat meminta kebenaran untuk menjerit kuat-kuat dengan abang pilot tersebut. Punya sempoi abang pilot tu sampai dia siap bagitahu ayat betul untuk jerit tau!
Lebih melucukan apabila gadis itu secara tiba-tiba menjerit sekuat hati dengan berkata “lelaki semua sial!” gara-gara kecewa bercinta. Tetapi, abang pilot itu dengan selambanya menyakat ingin meninggalkan gadis itu terbang seorang diri kerana kononnya terasa dengan ayat tersebut.
Di akhir perkongsian video tersebut, abang pilot itu bertindak melakukan pusingan drift sebelum mereka mendarat untuk menghilangkan stres gadis itu dan membuatkan dia menjerit dengan sangat kuat.
“Abang tu tinggalkan kau baru tau”
Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 1.7 juta tontonan, 189.7 ribu tanda like dan 5.1 ribu komen. Rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat gelagat gadis dan abang pilot tersebut.
Ramai juga yang memuji abang pilot tersebut kerana sangat sempoi serta soft spoken. Bukan itu sahaja, mereka juga turut memuji abang itu kerana memberikan servis yang bagus dan pengalaman yang sangat berharga pada setiap pelanggan.
Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara