Kalau sebelum ini Diana Danielle dikritik hebat kerana gaya seksinya untuk majalah Esquire, kali ini menerusi forum Cari, sebuah video di sebalik tabir untuk majalah GLAM edisi Januari 2015 telah menyebabkan sekali lagi nama pelakon ini menjadi bualan. Sebenarnya ia adalah satu video yang agak menarik untuk memberi sedikit ‘insight’ kepada kita tentang apa yang terjadi di sebalik pembikinan ‘cover’ majalah. Cuma aksi, babak dan sudut rakaman video Diana Danielle dalam video ini agak tidak wajar dipertontonkan.
Nampaknya nama Diana Danielle tahun ini banyak kepada kontroversi berbanding prestasi. Seperti yang telah diperkatakan sebelum ini, para selebriti perlu lebih berhati-hati apabila menerima tawaran.