Aksi Dapur Berapi Di Acara Lotus’s Masak-Masak Ceria 2025, Siapakah Juara Yang Bakal Bawa Resepi Malaysia Ke Pentas Antarabangsa?

Branded

Aksi Dapur Berapi Di Acara Lotus’s Masak-Masak Ceria 2025, Siapakah Juara Yang Bakal Bawa Resepi Malaysia Ke Pentas Antarabangsa?

Lotus’s Malaysia baru saja mengumumkan kejayaan penganjuran acara kulinari sulung mereka, Pertandingan Masak-Masak Ceria 2025 yang diadakan di Lotus’s Ampang pada 1 dan 2 November 2025. Wah, tahniah!

Acara yang berlangsung selama 2 hari ini cukup mendebarkan sebab ia menghimpunkan cef-cef profesional serta bakat muda untuk mempersembahkan kreativiti, inovasi dan semangat mereka terhadap dunia masakan. Fuh, memang terasa intense tu!

Kalau anda nak tahu apakah antara sorotan menarik sepanjang acara ini berlangsung, jom kami kongsikan.

Peluang Untuk Mengharumkan Nama Malaysia Di Pentas Kulinari Bangkok

Tahu tak, acara ini diadakan bertujuan sebagai satu platform untuk meraikan budaya makanan Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian tau.

Dalam masa sama, ia juga memperkukuhkan lagi peranan Lotus’s sebagai rakan niaga runcit yang dipercayai oleh isi rumah dan juga sektor HoReCa(Hotel, Restoran, dan Cafe).

Acara yang dianjurkan bersama Professional Culinaire Association (PCA) Malaysia, dan TAEM Academy ini telah menarik penyertaan sebanyak 24 peserta, bagi kategori Profesional dan Cef Muda, yang dipilih daripada lebih 120 penyertaan diterima dari seluruh Malaysia tau. Wow!

Bahan-bahan segar yang digunakan oleh peserta dalam pertandingan Lotus’s Masak-Masak Ceria, semuanya diperoleh secara langsung daripada Lotus’s. Ini membuktikan bahawa Lotus’s adalah rakan kongsi kulinari yang dipercayai dan mampu membekalkan bahan-bahan berkualiti tinggi yang memenuhi keperluan kedua-dua cef profesional dan tukang masak di rumah.

Dengan menggunakan bahan-bahan daripada Lotus’s, para cef telah mendemonstrasikan kualiti dan kebolehpercayaan produk peruncit tersebut untuk kegunaan profesional.

Selepas dua hari penuh dengan aksi memasak dan penilaian yang cukup sengit, dua pemenang telah dipilih bagi setiap kategori iaitu:

Kategori Profesional: Cef Muhammad Syafiq Syahmi bin Saidon

Kategori Cef Muda: Ahmad Wafi bin Rosli

Tiga pemenang teratas kategori Profesional Lotus’s Masak-Masak Ceria bersama-sama dengan ahli Jawatankuasa Eksklusif Lotus’s Malaysia.

Bukan itu saja, tiga pemenang utama daripada Kategori Profesional akan mewakili Lotus’s Malaysia di Thailand Ultimate Chef Challenge (TUCC) 2026 di Bangkok, menandakan satu pencapaian penting bagi kehadiran kulinari Malaysia di pentas serantau:

– Cef Muhammad Syafiq Syahmi bin Saidon (Juara Profesional)

– Cef Leo Wong

– Cef Yuventhiran Pillai A/L Arumugam Pillai

Wah, tahniah diucapkan kepada top 3 pemenang yang akan mewakili Malaysia untuk berentap di pentas kulinari Bangkok nanti!

Kalau anda nak tahu, setiap juara telah menerima baucar tunai Lotus’s bernilai RM3,000, manakala tiga pemenang utama kategori Profesional akan menerima Global Culinary Certificate, pengiktirafan berprestij yang membuktikan kepakaran mereka di peringkat antarabangsa.

Chef KK dan Chef Bob dilihat sedang menilai dan berinteraksi dengan para peserta bagi kemahiran memasak, persembahan hidangan, rasa, dan kreativiti mereka.

Selain itu, panel juri yang terlibat dalam menjayakan acara ini adalah daripada barisan cef terkenal Malaysia seperti Chef KK Yau, Chef Bob Adnin, Chef Amy Beh, dan Chef Arieff Khalid tau. Wah, kalau kami yang jadi peserta ni, dah gugup dari awal dah!

Barisan juri kehormat pertandingan Lotus’s Masak-Masak Ceria (dari kiri ke kanan): Chef KK Yau, Chef Bob Adnin, Chef Amy Beh, Chef Arieff Khalid.

Memandangkan anjuran sulung Lotus’s Malaysia ini adalah satu kejayaan besar, Lotus’s berhasrat untuk terus menyediakan platform ini memberi lebih banyak peluang kepada cef muda dan profesional menonjolkan kreativiti mereka dan mengharumkan nama Malaysia.

Komitmen ini turut diperluas menerusi sokongan terhadap komuniti kulinari Malaysia, dengan Lotus’s mengendalikan lima stor konsep hibrid yang berkhidmat kepada pelanggan B2B dan B2C, terletak di Puchong, Shah Alam, Jitra, Sungai Dua, dan Desa Tebrau.

Di lokasi-lokasi ini, pelanggan perniagaan boleh berurusan terus dengan Pasukan Jualan di HoReCa Business Center (kaunter Khidmat Peniaga) untuk mendapatkan sokongan dan penyelesaian pembelian pukal yang disesuaikan.

Sekali lagi, kami ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada Lotus’s Malaysia di atas kejayaan penganjuran acara sulung Masak-Masak Ceria 2025.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Lotus’s Malaysia, atau ikuti media sosial di Facebook, Instagram dan TikTok.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...