Aksi Cemas Anak Iguana Cuba Selamatkan Diri Dari Jadi “Lauk’ Sekumpulan Ular Jadi Viral

Trending

Aksi Cemas Anak Iguana Cuba Selamatkan Diri Dari Jadi “Lauk’ Sekumpulan Ular Jadi Viral

Video seekor anak iguana yang dikejar sekumpulan ular jadi penuh dramatik hinggakan benar-benar membuatkan para penonton cemas dalam video footage episod pertama program televisyen, Planet Earth II.

Advertisement

Memetik laporan Mirror, ribuan penonton terpegun melihat babak dramatik berkenaan yang dirakam di Pulau Fernandina, dalam Pulau Galapagos.

Difahamkan, ibu iguana berkenaan telah dikejar dan melarikan diri di atas batuan, meninggalkan anaknya yang bersembunyi di dalam pasir.

Anak iguana yang baru dilahirkan kemudian dilihat cuba mengikut jejak langkah ibunya dengan memerhatikan keadaan sekeliling terlebih dahulu.

Kemunculan iguana kecil itu telah mengejutkan sekumpulan ular yang lain. Salah seekor ular tersebut cuba menghampiri anak iguana yang kaku itu dengan perlahan-lahan.

Menurut suara latar video berkenaan, meskipun ular memiliki penglihatan yang tajam, namun mereka tidak mampu mengesan pergerakan. Jika anak iguana itu tidak bergerak, ia mungkin akan selamat dari menjadi mangsa.

Menyedari ular tersebut telah berada di belakangnya dan semakin hampir, anak iguana itu pantas melarikan diri dan tindakannya itu membuatkan beberapa ekor ular yang lain mula mengejarnya dengan pantas.

Malangnya, haiwan berkaki empat itu tersilap langkah bila dirinya berlari berhampiran beberapa ekor ular yang sudah sedia menunggu kehadirannya dan menyebabkan haiwan berdarah sejuk itu dibelit.

Pantang ajal sebelum maut, anak iguana itu terus berusaha melepaskan diri dan kemudian melarikan diri di batuan dan dikejar beberapa ekor ular yang lain.

Tindakan pantas dan dibantu dengan keadaan kulitnya yang bersisik itu membuatkan reptilia itu telah gagal menewaskan haiwan berdarah sejuk tersebut yang akhirnya berjaya menyelamatkan diri dan bertemu semula dengan induknya.

Fuhh.. babak mencemaskan ini jauh lebih menarik dari babak filem aksi wehh..

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...