Tular di media sosial apabila netizen mula berkongsi semula kewujudan sebuah spa lelaki dikenali sebagai OTOT², yang didakwa sudah lama beroperasi sebagai “sauna gay” di sekitar Kuala Lumpur.
Pendedahan itu kembali hangat selepas beberapa pengguna menemui semula Google Review tempat berkenaan dan reaksi netizen semuanya hampir sama: geli, jijik dan tak sangka kewujudannya begitu terang-terangan.
Ramai terkejut apabila membaca sendiri komen-komen pelanggan di Google, yang didakwa secara terbuka menggambarkan suasana dan aktiviti tidak bermoral di dalam premis tersebut. Ada yang menyifatkan ulasan berkenaan “terlalu jelas”, “tak berselindung langsung” dan “memang tempat cari pasangan sejenis”.

Lebih mengejutkan, beberapa review lama menggambarkan wujudnya bilik gelap, ‘aksi’ sesama pengunjung, serta layanan yang kononnya “mesra lelaki sahaja”. Pendedahan itu membuat ramai pengguna media sosial berasa mual, terutama apabila mendapati tempat seperti ini dikatakan sudah beroperasi bertahun-tahun tanpa ramai sedar.

Isu ini kembali menjadi bualan panas dalam kalangan warganet, terutama susulan serbuan besar-besaran ke atas spa lelaki lain di kawasan Chow Kit baru-baru ini. Ramai yang mula mengaitkan kembali OTOT² dan mendakwa tempat sebegini sebenarnya bukan satu atau dua, tetapi telah lama menjadi “rahsia umum”.
Dengan kebanyakan warganet menggambarkan review OTOT² sebagai sesuatu yang “meloyakan”, “membuka aib sendiri” dan “jelas tempat maksiat”, topik ini sekali lagi mencetuskan perbincangan hangat tentang pusat-pusat sauna lelaki di ibu kota yang dikatakan beroperasi secara terselindung tetapi aktif.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

