Aksi Aliff Syukri Ketawa Lihat Orang Ramai Bergaduh Demi Hujan Duit Undang Kecaman Netizen

Trending

Aksi Aliff Syukri Ketawa Lihat Orang Ramai Bergaduh Demi Hujan Duit Undang Kecaman Netizen

Acara “hujan duit” memang cukup sinonim dengan festival Mood Republik sehingga pernah mencetuskan kontroversi kerana secara tidak langsung seakan menjatuhkan lagi maruah masyarakat yang sanggup bergaduh, bergesel lelaki dan perempuan semata-mata kerana ingin merebut duit.

Advertisement

Sekali lagi, isu ini menjadi bualan hangat apabila video Datuk Seri Aliff Syukri mentertawakan mereka yang berebut mengutip duit tersebut viral di media sosial. Aliff juga menganggap perkara itu sangat melucukan.

Rata-rata netizen meluahkan rasa sedih dan mempersoalkan bagaimana perasaan seronok boleh timbul dalam hati Aliff dan  boleh pula tergelak saat melihat masyarakat berpijakkan antara satu sama lain semata-mata kerana wang. Meskipun ia bukanlah duit milik jutawan tersebut, tetapi aksi itu seakan merendahkan harga diri masyarakat.


Bagaimanapun, Aliff bukanlah orang pertama yang dikritik kerana aktiviti duit berterbangan berkenaan. Namun, Aliff tetap ada salahnya kerana memuat naik reaksi beliau yang terlampau seronok di akaun Instagramnya. Beliau seharusnya lebih peka dengan isu sensitif seperti ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...