February 8th, 2016

Baru sahaja melangsungkan perkahwinan minggu lepas, pasangan Akim dan Stacy juga mempunyai  destinasi idaman untuk berbulan madu.

Mengimpikan untuk berbulan madu secara backpacker mengelilingi Eropah, Akim dan Stacy bagaimanapun terpaksa menangguhkan hasrat mereka itu sebentar kerana masing-masing masih lagi sibuk dengan kerja.

Saya dan Stacy merancang untuk mengelilingi Eropah sebagai ‘backpacker’ (pengembara beg galas). Duduk minum menikmati kopi bertemankan pandangan menarik. Namun buat masa ini, kami berdua sibuk dengan kerjaya seni masing-masing.

Saya masih memikul tanggungjawab membantu dan mendidik dua protege dalam program Mentor Milenia.

Seperti pasangan lain yang baharu berkahwin, mereka juga tidak dapat lari dengan soalan tentang perancangan mereka untuk mendapat anak.

Jelas Stacy, beliau dan suami tidak mempunyai sebarang perancangan soal cahaya mata dan menyerahkan soal itu kepada rezeki.

Kami tidak mempunyai sebarang perancangan mengenai zuriat dan menyerahkan segala-galanya kepada Yang Maha Kuasa. Sebenarnya, ada pelbagai permintaan daripada kedua-dua belah pihak mengenai seramai mana anak yang diinginkan.

Anak angkat saya, Bella, turut teruja dengan majlis pernikahan ini. Malah, dia menganggap dirinya akan turut berkahwin pada hari ini, bersama-sama saya dan Akim.

Sama cantik dan sepadan sahaja pasangan Akim dan Stacy. Semoga mahligai yang dibina kekal sehingga ke jannah dan kami berharap agar anda berdua dilimpahi dengan kasih sayang serta rasa cinta yang lebih lagi selepas ini.

Sumber Berita: BH ONLINE

 

 


Comments are closed.

Loading...