April 23rd, 2012

Ternyata ramai yang terkejut apabila konsert Mania Sabtu lepas mengumumkan penyingkiran buat Akim dan Atilia. Daripada reaksi orang ramai, ternyata penyingkiran Akim membuatkan peminat tidak puas hati. Apa pun, oleh kerana keputusan Mania adalah berdasarkan 100% undian, penyingkiran Akim bermakna peminatnya sendiri tidak melakukan undian. Tak gitu?

akim

Bagi Abang Nara, persembahan Jaclyn Victor dengan lagu Grenade pada malam konsert Mania sememangnya persembahan yang terbaik. Jadi tidak mengejutkan apabila keputusan undian diumumkan dan Jac mendahului peserta yang lain. Ternyata Jac mempunyai auranya yang tersendiri. Dan penyingkiran Atilia bagi Abang Nara ada kewajarannya kerana tiada umph faktor di dalam persembahan Atilia.

akim

Berikut ialah kedudukan undian selepas konsert pada hari Sabtu yang lepas:-

1. JACLYN VICTOR – 13%
2. EBI – 13%
3. STACY – 9%
4. HAFIZ – 8%
5. ADIRA – 7%
6. SHILA AMZAH – 7%
7. HAZAMA – 7%
8. KRISTAL – 6%
9. ESTRANGED – 6%
10. ARIL – 6%
11. ALYAH – 6%
12. AKIM – 6%
13. ATILIA – 5%

akim

Daripada keputusan undian setiap minggu, Abang Nara nampak macam si Ebi maintain di kedudukan teratas. Adakah Mania bakal menyaksikan Ebi bergelar juara? Hanya tinggal 4 minggu sahaja lagi untuk konsert final Mania. Sama-sama kita nantikan. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web Mania.


61 responses to “Akim Dan Atilia Tersingkir, Jaclyn Victor Dahului Undian Mania”

  1. ANONYMOUS says:

    8. KRISTAL – 6%
    9. ESTRANGED – 6%
    10. ARIL – 6%
    11. ALYAH – 6%
    12. AKIM – 6%
    13. ATILIA – 5%

    pelik pulak bila akim keluar..walaupun aku tak tengok pun program ni..atilia ok lah sebab memang 5%..tapi akim tu 6%, sama dengan alyah, aril, estranged, kristal..kalo nk out, outkan semua lah..betol x?hehe..

  2. Giselle Bunchet says:

    Atilia suara tak sedap pun! Kalau setakat untuk iklan (jingles) tu bolehlah.

    Dia tak ada trademark macam penyanyi jazz yang lain seperti Noryn Aziz dan Najwa Mahiaddin.

    Dari apa yang aku lihat, dia ni macam nak tiru Sheila Majid je. Patutlah debut album dia pakai ex-laki Sheila. Tapi, tak menjadi jugak!

    Aku setuju dengan komen ‘bobby’. Cara dia berpakaian pun, tak sesuai dengan usia dia yang dah 38 tahun tu!

    Nasib kau sama dengan Liza Aziz!

  3. Anonymous says:

    sepatutnya ebi keluar bukanya akim sebab ebi menyanyi suara cam tercekik ataupun aliya yang keluar pancing undi kesian nyanyian tak best pun

  4. mcd says:

    dah terkeluar ko akim..btw, i saw u buying ARAK kt slah 1 mall kat johor..nmpak je ada org tgk dia bli, trus dia blah,bg duit kt kwan dia sruh byar..aduhaiiiii

  5. si polan says:

    mmg menyampah tgk EBI tak keluar2.. tiap2 mggu menyanyi ke laut… kate nak cari superstar…ape jadahnye kalo yg masuk pun ntah hape2… bosan dengan program astrok nih…huh

Loading...