Akibat Tular Video Lelaki Terjun, Tasik Cermin Kini Ditutup

Berita

Akibat Tular Video Lelaki Terjun, Tasik Cermin Kini Ditutup

Tular sebelum ini seorang lelaki terjun ke dalam Tasik Cermin dan membuatkan semua orang bimbang jika aksi itu membuatkan tasik tersebut ditutup.

Tasik Cermin yang terletak di Ipoh, Perak yang menjadi tumpuan pelancong kini sah ditutup bermula semalam, Isnin kerana perbuatan lelaki yang bertindak terjun ke dalam tasik tersebut.

Advertisement

Menerusi laporan Sinar Harian, Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin berkata, kawasan di sekitar tasik itu akan ditutup sehingga siasatan ke atas kes tersebut selesai dijalankan. Pembukaan semula tasik itu akan diberitahu kelak kepada orang ramai.

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kejadian itu dan kes masih dalam siasatan lanjut.

Menurutnya, tindakan akan dikenakan kepada individu tersebut dan identitinya masih dalam siasatan. Kawasan Tasik Cermin itu berada di bawah pengurusan Geopark Kinta dan pelancong tidak dibenarkan untuk bermandi-manda di kawasan tersebut.

Terdahulu, seorang lelaki berpakaian serba hitam telah terjun ke dalam tasik tersebut seolah-olah sedang bermandi-manda di kawasan rekreasi itu.

Next time tak payah lah buat benda-benda pelik macam ni lagi, kan dah tak pasal-pasal je kena tutup..

Terjun Tasik Cermin
3 years ago

Tular Video Lelaki Terjun Tasik Cermin, MBI Ipoh Beri Amaran

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...