Nama selebriti tanah air, Norren Iman tidaklah terlalu dikenali pada awal kemunculannya iaitu sebagai seorang Instafamous, namun sedikit demi sedikit dia berjaya mencipta nama dalam industri hiburan.
Terbaharu, Norren Iman telah berlepas ke London, United Kingdom baru-baru ini bersama suami serta beberapa rakan artis yang lain termasuklah Andi Bernandee dan Janna Nick atas tujuan sebuah pengambaran.
Bagaimanapun, ketibaannya ke negara itu seakan-akan ‘permulaan hitam’ bagi dirinya selepas berlaku sebuah insiden yang tidak diingini ketika berada di lapangan terbang.
View this post on Instagram
Hal itu selepas tempoh 11 jam untuk tiba, menyebabkan dia dan rakan-rakannya turut berasa lapar sehingga bertindak membeli sandwich berintikan bacon di sebuah kedai.
Namun setelah menjamahnya, barulah mereka sedar bahawa makanan yang dimakan itu tidak halal selepas membaca senarai kandungan bahan yang memaparkan perkataan Pork Belly.
Selepas tiba di kawasan penginapan, Norren tanpa melengah masa terus menuju ke tandas bagi membersihkan saki-baki makanan tersebut dengan memberus gigi berulang kali.
@ejannjann_#ad @norreen143_ ?? #foryou #fyp #foryoupage #viral
Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen turut memuji usaha yang dilakukan olehnya selain beranggapan insiden itu dibolehkan kerana dirinya yang tidak sengaja memakan makanan tidak halal.
Setakat ini, perkongsiannya itu telah mencapai lebih daripada 150,000 jumlah tontonan serta mendapat 23,739 tanda suka.