Isu jalan raya berlubang ini bukanlah perkara yang asing lagi. Jika dikaitkan pula dengan tanah mendap, pastinya keadaan ini membawa ancaman kepada pengguna jalan raya terutamanya kepada penunggang motosikal.
Berikutan tanah mendap yang berlaku di jalan raya di Jalan Lampam, Tanjung Puteri Resort ini, pengguna kelihatannya sangat bimbang dengan kesan buruk yang bakal berlaku.
Keadaan itu mengundang lebih kerisauan selepas sebuah kereta didapati terperosok ke dalam lubang berikutan kejadian tanah mendap terbabit.
Seorang pengguna jalan raya, Ahmad Radzi Ibrahim, 30, berkata, kejadian itu berlaku pada pagi hari ini apabila sebuah Proton Wira terjunam dalam lubang.
Menurutnya, kejadian itu menimbulkan kebimbangan ribuan penduduk yang menggunakan laluan berkenaan untuk berulang-alik dari rumah ke tempat kerja.
“Lokasi berlaku mendapan tanah itu adalah laluan utama dari Pelabuhan Tanjung Langsat menghala ke perkampungan Pasir Putih dan Pelabuhan Johor”
Difahamkan ia berpunca daripada paip air yang pecah.
“Sekiranya kejadian sama menimpa penunggang motosikal, impaknya mungkin lebih buruk dan boleh meragut nyawa”
Sebagai usaha penambah-baikan, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) seharusnya memantau keselamatan laluan utama ini yang turut digunakan ratusan kenderaan berat pada setiap hari.
Sementara itu, jurucakap Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) berkata, pihaknya sudah memaklumkan kepada SAJ Ranhill berkaitan keadaan berkenaan.
“Kejadian itu membabitkan paip SAJ pecah dan MBPG sudah memaklumkan kepada SAJ untuk baik pulih jalan berkenaan dan kini kerja membaik pulih sedang dijalankan.
Sama-samalah kita doakan keselamatan dan kesejateraan para pengguna jalan raya. Pandulah dengan berhemah dan berhati-hati ya.