Akibat Suntikan Putihkan Kulit, Wanita Jatuh Koma Dan Meninggal Dunia

Trending

Akibat Suntikan Putihkan Kulit, Wanita Jatuh Koma Dan Meninggal Dunia

Di Malaysia, ramai wanita kepingin kulit yang putih berseri. Oleh itu, ramai sanggup melakukan apa saja untuk memutihkan kulit, dari makan suplemen sehingga mengambil suntikan.

Bagaimanapun, semua ini bukan tiada kesan sampingan. Dengan kewujudan produk suplemen dan suntikan memutihkan kulit, semakin ramai mendapat kulit putih berseri tetapi kemudiannya mengalami masalah kegagalan hati dan buah pinggang. Namun, masih ada berani mencuba, seperti kisah di bawah di mana seorang wanita yang baru dua bulan melahirkan anak telah megambil suntikan memutihkan kulit tetapi mengalami komplikasi dan telah meninggal dunia.

Advertisement

 

Abdul Jabbar Ismail menulis di Facebook:

PUTIH SAMPAI KOMA

Di sebuah ICU terdapat seorang perempuan berumur 28 tahun, baru melahirkan anak 2 bulan yang lepas sedang bertarung nyawa sejak semalam

Beliau mengambil produk tertera di bawah untuk tujuan pemutihan kulit  dan pelangsingan badan

Beliau pergi ke klinik berdekatan dan meminta doktor memasang IV Branula ke tangan beliau lalu meminta untuk di suntik dengan ubat-ubat kecantikan di bawah

Pernah dengar tentang Vitamin C injection utk kecantikan?

Ini adalah kisah benar

product dibeli di Internet, even terdapat di lazada, Qoo10, shoppee

Apa yang anda tidak tahu, ia mengandungi lebih daripada sekadar Vitamin C

3 ampoule will contain
– 150,000mg Glutathione
– 48,000mg Copper Peptide

2 vial contains
– 8400mg Vit C
– 4000 mg Collagen Extract
– 1350mg Fibroblast Growth Factor

1 ampoule + 1 vial disarankan di Blog Blog Internet untuk digunakan sekali seminggu

Beliau ambil 3 ampoule & 2 vial

Selepas pengambilan suntikan yang 3 kali lebih tinggi dose mingguan disuntik sekaligus, beliau mengalami muntah muntah, cirit birit untuk dua hari pertama dan akhirnya beliau KOMA dan tidak sedarkan diri semalam iaitu pada hari ketiga

Beliau dimasukkan tiub pernafasan dan rawatan sokongan kerana kegagalan buah pinggang dan jantung dan kini bertarung nyawa

Bertarung Nyawa kerana ingin menjadi lebih putih dan cantik, ini adalah kisah benar, dan mari kita sama-sama doakan pesakit survive ya…

Janganlah disalahkan pesakit itu sahaja atas tindakannya tersebut, masalah dan kerumitan cerita berkenaan dengan keluarganya terlalu panjang untuk ditulis dan diluar konteks perkongsian ini

Berhati hati untuk menyuntik apa apa produk di dalam badan anda, anda mungkin menjadi mangsa

Sebelum Hari Raya tiba,
Cantik diutamakan,
Risiko diketepikan,
Maut tiada masalah.

Share post ini untuk manfaat semua,

You are beautiful just the way you are Ladies,
Dont let others tell you otherwise….

***KEMAS KINI

Pesakit kembali ke rahmatullah pada 12.10 tengahari hari ini

Mari panjatkan doa agar beliau ditempatkan di kalangan orang beriman

 

Mengapakah masih ramai berani mempertaruhkan nyawa untuk memutihkan kulit? Bagi yang bernasib baik, mungkin masih belum ada kesan buruk. Tetapi sememangnya sudah ramai wanita mengalami masalah kegagalan hati dan buah pinggang akibat mengambil suntikan atau suplemen memutihkan kulit dan terpaksa menjalani dialisis walaupun masih di usia muda.

Dalam kes ini, yang paling kasihan ialah seorang anak yang baru mengenal dunia, tetapi sudah pun kehilangan ibu akibat obsesi memutihkan kulit. – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...