Akibat Simpan RM 20,000 Dalam Plastik Hitam, Wanita Tersilap Bakar Tunai Disangka Sampah

Trending

Akibat Simpan RM 20,000 Dalam Plastik Hitam, Wanita Tersilap Bakar Tunai Disangka Sampah

Pada zaman serba moden ini, sukar untuk menemui individu yang masih menyimpan wang tunai dalam jumlah yang banyak di rumah. Biasanya untuk keselamatan dan kemudahan, wang akan dideposit ke dalam akaun bank saja.

Lain pula ceritanya apabila seorang pengguna Twitter mendakwa ibunya tersilap membakar wang tunai berjumlah RM 20,000 yang diletakkan dalam plastik hitam. Dia menulis untaian meminta bantuan orang ramai untuk menderma bagi menggantikan wang tunai yang telah terbakar.

Advertisement

Dia turut memuat naik gambar wang yang telah terbakar separuh tersebut.

Namun begitu, ceritanya kurang dipercayai oleh warganet.

Mungkin disebabkan reaksi diterima, dia kemudiannya memadam untaian tersebut.

Ada berpendapat pemuda itu ingin mencari jalan mudah untuk mendapatkan kembali wang tersebut setelah kecuaian berlaku.

Dia juga dikatakan mendakwa kemudiannya, hanya RM 4,000 dari wang dalam plastik hitam tersebut ialah wang masjid, selebihnya ialah wang milik ayahnya.

“Tak pernah dengar orang bawa duit masjid simpan dalam rumah.” Disebabkan untaian itu kini telah dipadamkan, tidak dapat dipastikan sama ada dakwaan pemuda itu sahih.

Ada yang tidak mempercayai ceritanya tetapi ada yang merasakan mungkin dia sengaja mengatakan duit tersebut ialah duit masjid untuk memancing simpati warganet sedangkan ia sebenarnya duit sendiri.

Ada juga yang mencadangkan dia menukar not tunai yang telah rosak dengan yang baru di Bank Negara Malaysia.

Apa pun, kita semua mesti beringat bahawa menyimpan wang tunai dalam jumlah sebegitu banyak adalah berbahaya. Sekiranya masih ada yang berbuat demikian, ada baiknya wang tunai itu didepositkan dalam bank dengan segera. – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...