Akibat Sering Marah & Pukul Anak, Lelaki Ini Terkejut Bila Rakan Terus Hulur Pisau

Trending

Akibat Sering Marah & Pukul Anak, Lelaki Ini Terkejut Bila Rakan Terus Hulur Pisau

marah-anak

Ada segelintir ibu bapa tidak dinafikan ada yang jenis kuat marah atau lebih dikenali sebagai lelaki yang kuat baran.

Advertisement

Sedar atau tidak, sifat baran itu kadangkala memberi impak negatif terhadap anak-anak terutama anak kecil.

Tidah salah untuk marah, tapi sifat amarah tu perlu lah dikawal sebaiknya agar tidak terjadi sesuatu yang tak diingini.

Berikut admin kongsikan teguran dari posting facebook Abu Hannah kepada golongan ayah yang suka sangat marah atau melenting. Tak salah pun cuba bersikap positif dan tegur elok-elok. Tegas bukan bermakna baran.

” Bini dgn anak kau x ikut ker man”, tanya Brad.

” Dia letih, tadi ot. Dia x bg aku bawak anak aku.,” jelas aku.

Brad dari tadi beberapa kali aku lihat dia menengking anaknya. Dan aku masih memilih untuk diam.

” Payahlah. Anak aku ni degil la. Hishh… geram aku,” ujar Brad seakan mencuci otak aku.

” Payah? Elok jer aku tengok. Dah kau nak dia mcm mana? Xkan diam jer. Dia bukan anak ayam bro. Anak ayam pun x duduk diam.,” jelas aku sambil menikmati lamb chop yg enak sekali.

” Anak kau kecik lagi boleh la kau cakap gitu… tunggu dia besar sikit,” ujar Brad.

” Anak kau besar sgt ker? Beza 2 tahun jer pun dgn anak aku Brad…. Alasan kau jer tu,” jawabku malas nak memanjangkan perbincangan.

Tiba-tiba anak Brad tanpa sengaja menumpahkan air diatas meja. Brad kelihatan berang. Dipegangnya tangan anak kecil itu, sambil ditengking, sambil dicubit beberapa kali.

Aku hilang sabar.

” Brad… Nah pisau,” ujar ku sambil menghulurkan pisau potong daging lamb chopku.

” Kau kenapa? Tetibe bagi aku pisau?,” tanya Brad kehairanan.

Kau rodok jer perut anak kau tu, nanti dia diamlah,” jawabku smbil minum air.

” Erkkk..? Ishh…xdela sampai gitu man..,” jawab Brad.

” Broo… Anak ni kalau kau tgk balik, kau akan nampak diri kau. Diorg bukan nakal, tapi diorg cerdik drpd kau. So kau kena la lebih cerdik. Bila kau kalah, kau guna kuasa veto. Kau marah. Mana aci bro…didik dan tarbiyyah. Bukan marah. Nak ada anak, tp xnk fahami anak. Kau suka x kalau bini kau x faham kau? ,” ujarku panjang lebar.

” Mestilah x suka, “ jawab Brad ringkas.

” Haaa… tahu pun.Kau kena la fahami anak kau. Kau ingat marah tu boleh selesai masalah? Bila kau buat salah dan dosa, ada x Tuhan hantar petir kat kau?,” jelasku lagi.

Jadilah ibu bapa yang bersikap positif terhadap anak-anak. Jika sifat baran tu ada semulajadi, kawal lah dengan baik atau lagi elok buang terus sifat baran tu secara perlahan-lahan.

Anak ingin jadikan ibu bapa mereka sebagai mentor, tapi macam mana nak jadikan mentor sedangkan ibu bapa jenis yang kuat melenting dan baran?

Fikir-fikirkan..

sumber : Abu Hannah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...