Akibat Sering Mabuk, Lelaki Maut Ditetak Isteri Dan Adik Kandung Sendiri

Kehidupan

Akibat Sering Mabuk, Lelaki Maut Ditetak Isteri Dan Adik Kandung Sendiri

Akibat sering mabuk, seorang lelaki dibunuh oleh isteri dan adik kandungnya sendiri dalam kejadian yang berlaku di Shah Alam.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kejadian berlaku pada jam 12.30 malam di mana mangsa berusia 42 tahun mati akibat tetakan di belakang kepala, lebam di badan, koyakan di bibir dan pipi dipercayai dipukul senjata tumpul.

Advertisement

Menurut beliau, siasatan awal mendapati mangsa dibunuh kerana kedua-dua suspek berang dengan sikapnya yang kaki mabuk.

Sumber : Gambar Hiasan  

Selain itu, kedua-dua suspek iaitu si isteri, berusia 40 tahun dan adik kandung mangsa, lelaki berusia 29 tahun ditahan pada jam 3 petang, 24 jam setelah mangsa dibunuh.

Mohd Iqbal juga menerangkan, siasatan ketika ini mendapati kedua suspek bersubahat untuk membunuh mangsa akibat perangainya dan kedua-duanya tidak mempunyai sebarang hubungan sulit.

Katanya, pasangan berikut telah mendirikan rumah tangga selama 18 tahun serta mempunyai tiga orang anak berusia 4 hingga 16 tahun manakala adik kandung mangsa merupakan pelajar kolej swasta yang baru sahaja menetap di rumah abangnya sejak enam bulan lalu.

Kes berikut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan kedua-dua suspek direman selama enam hari untuk siasatan lanjut.

Beliau juga memberitahu bahawa sebarang maklumat mengenai kes boleh dikongsikan kepada Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan S V Kumar di talian 012-8377756.

pembunuhan karma kucing
2 years ago

"Ini Hukum Karma!" - Terlepas Tuduhan 'Membunuh' 11 Tahun Lalu, Lelaki Maut Di Lokasi Yang Sama

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : hmetromy

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...