Akibat Percaya Rawatan Bertangas, Kemaluan Wanita Ini Melecur

Trending

Akibat Percaya Rawatan Bertangas, Kemaluan Wanita Ini Melecur

Gara-gara terlalu mempercayai perubatan traditional Tiongkok, seorang wanita berusia 62 tahun terpaksa menanggung derita  akibat melecur di bahagian kemaluannya.

Harapan wanita ini hanya satu agar dapat mengetatkan dan menyegarkan vaginanya selepas dinasihatkan oleh si tukang berubat.

Menurut Dailymail, wanita ini mengalami masalah prolapsed vagina (usus atau rahim beralih dari tempat asal dan turun ke bahagian vagina) selama 9 bulan.

Advertisement

Masalah yang dialami oleh wanita ini sering terjadi kepada wanita yang sedang hamil, lepas bersalin dan obesiti, menopause atau aktif bersukan.

Terdapat darah dalam keputihan

darah dalam keputihan

Sebelum ini, beliau telah mencuba kaedah rawatan tangas, akibatnya dia telah mengalami pendarahan dalam keputihannya.

Apabila doktor membuat pemeriksaan, didapati bahawa terdapat kesan luka melecur pada bahagian rahim dan lapisan vaginanya.

Melecur kerana ‘sauna duduk’

Wanita itu menjelaskan kepada doktor bahawa dia membuat kaedah ‘sauna duduk ‘ini dua hari sebelumnya. Si tukang berubat meminta wanita ini untuk mencampurkan herba ke dalam air panas yang mendidih dan duduk di atas besen itu selama 20 minit.
sauna duduk

Akibat daripada kesan tersebut, doktor terpaksa merawatnya dan memberikan antibiotik supaya luka tersebut tidak menjadi lebih parah. Selain itu, wanita berkenaan juga perlu menutup kawasan tersebut dengan kain kasa dan perlu menukarnya dua kali sehari.

Pihak doktor akan cuba merawat proplapse vagina beliau sejurus sahaja luka melecur sembuh.

Seorang konsultan kesihatan seksual di Rotherham NHS Foundation Trust, Dr Naomi Sutton menegaskan bahawa kaedah yang digunakan wanita ini untuk merawat masalah vagina hanyalah mitos semata-mata.
Dr Naomi Sutton

NHS juga menerangkan bahawa prolapse vagina ini tidak mendatangkan bahaya kepada wanita, tetapi jika mereka mengalaminya, para wanita harus mendapatkan rawatan segera daripada doktor.

 

Dahlah orang Malaysia kalau lepas bersalin selalu bertangkas. Tak bahaya ke?

 

Sumber: Dailymail Uk

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...