Akibat Pembuangan Sisa Toksik, 13 Sekolah Sekitar Pasir Gudang Dikerah Tutup Harini

Trending

Akibat Pembuangan Sisa Toksik, 13 Sekolah Sekitar Pasir Gudang Dikerah Tutup Harini

Berikutan insiden pencemaran susulan pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim pada Khamis lepas mengakibatkan 13 buah sekolah sekitar Pasir Gudang ditutup mulai harini dikuatiri sesak nafas akibat terhidu bahan kimia.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor, Dr Sahruddin berkata 13 sekolah berkenaan termasuk empat yang telah ditutup sebelum ini ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Puteh, SK Tanjung Puteri Resort dan SMK Tanjung Puteri Resort.

Advertisement

Selain penutupan sekolah tersebut, Mesyuarat Pengaktifan Jawatankuasa Kerja turut bersetuju melantik kontraktor yang berlesen bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan di Sungai Kim Kim sepanjang 1.5 km yang akan diselaraskan oleh Jabatan Pengairan Dan Saliran serta JAS Johor.

Kerajaan Negeri Johor juga menekankan supaya orang ramai mengikut saranan Jabatan Kesihatan Negeri supaya mendapatkan rawatan segera sekiranya mempunyai gejala pedih mata, sakit dada dan sesak nafas dan disyaki terhidu dan terdedah kepada bahan kimia tersebut, ‘‘ katanya.

Orang ramai juga dinasihati untuk minum air daripada bekalan yang bersih dan dirawat, kerap mandi dan pakaian yang digunakan hendaklah dibasuh berasingan setiap kali keluar supaya dapat mengelak daripada sisa toksik terkena di anggota badan.

Pentingnya, anda perlulah elakkan sebarang aktiviti luar dan aktiviti riadah sekitar kawasan sungai Kim Kim.

Sumber: Bernama

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...